UKCG 2016

Assalamualaikum 

Alhamdulillah, ada jugak masa terluang untuk blog kali ni. Lama tak update blog, almaklumlah busy and dah tak mcm dulu2 duduk rumah ada wifi. Sekarang duduk hostel, wifi kampus pun tak laju sangat.

IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan , Kuala Lipis.

Kali ni cuma nak cerita tentang UKCG 2016 (Ujian Kelayakan Calon Guru). Alhamdulilah, haritu dalam bulan March ada apply PISMP (Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan) and tak sangka ada rezeki dapat pergi UKCG tu. Sebenarnya ni kali kedua kite mintak sebab memang minat sangat nak jadi cikgu! Ya Allah berilah aku satu tempat di IPG. Ada juga kawan-kawan tanya tak rugi ke mintak sebab kite dah semester 3 asasi UIA , tinggal lagi 1 semester je nak habis asasi. Personally, memang la ada rasa berat hati nak tinggalkan asasi IF dapat IPG, tapi dah disebabkan minat nak jadi cikgu tu so kita ambil la risiko. Kalau tak minat, takde maknanya nak apply lagi sekali kan? hihi

Nak dijadikan cerita, kite ambil ujian tu dekat IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan, Kuala Lipis, Pahang. Tarikh ujian tu 14 April 2016. Kite and family gerak sebelum subuh dari rumah dalam kul 5pagi camtu and sampai sana dalam pukul 6.40pagi . Boleh dikatakan dekat jugaklah Bentong ke Kuala Lipis tu.

Masa sampai dekat sana, kitorang pergi surau untuk solat , then cari tempat untuk ujian bertulis and ujian kecergasan fizikal. UKCG ni ada dua ujian tau.Firstly, Ujian bertulis ni buat dekat dewan IPG yang cuma ambil masa 45minit untuk menjawab. Ujian bertulis ni ada 2 bahagian.

Bahagian A - 135 soalan (30min) - soalan melibatkan situasi/tindakan kita sebagai guru.
Contoh : Jika murid datang lewat ke kelas , apakah yang patut anda lakukan sebagai seorang guru
Jawapan :  A- mencatat nama dalam rekod pelajar
                 B- mendendanya tanpa sebarang soalan

Bahagian B - 55 soalan (15min) - soalan melibatkan emosi/perasaan diri
Contoh : Anda merasakan hidup anda sudah tidak bermakna lagi
Jawapan : A. TBSS    B.TB   C.SB  D.SBS 
*TBS - Tidak benar sama sekali *TB - tidak benar *SB- Sangat Benar *SBS - Sangat benar sama sekali 
Soalan dia memang menguji minda hahaha, tak logik pun ada tapi jawab jelah dengan hati yang ikhlas. Sebab setiap soalan ada peratus, taktau la mcm mana dia kira. So kita tawakkal lepas dah habis jawab!

Secondly, Ujian Kecergasan Fizikal.  Ujian ni perlukan stamina yang kuat tau sebab dia ada 5 stations. Kitorang dibawa ke tempat gym IPG tu , and kat situ seriously panas. hahahaha

Station pertama - BMI Test (Body Mass Index) [15 markah]

station ni cuma nak tau berat and tinggi kite je, pastu kira bmi. Kalau bmi kite normal, dapat full mark. Kalau obes or tak normal , dia akan tolak markah. So jagalah berat anda yee :P lhamdulillah station ni dpt full marks!

Station kedua - Push Up [15 markah]

Push up lelaki dan perempuan beza tau! nasib baik sebelum kite mulakan segala ujian kecergasan , cikgu dekat situ ada tunjuk video cara2 melepasi setiap station and untuk dapatkan full mark.
kalau lelaki , push up sampai 40kali baru dapat full mark . kalau perempuan, push up 30kali. Station ni kite buat smpai 20kali je so dpt 12marks.

Station ketiga - Bangkit tubi bervariasi (sit up) [15markah]

station ni ada 5 variasi sit up , takpe nanti ada facilitator yang akan tunjuk demo buat setiap sit up tu. Kite akan dapat 5 markah untuk setiap variasi. and Alhamdulillah kite dapat full marks lepas kite bodek cikgu kat situ utk pijak hujung kaki masa buat variasi ke-5 . susah kot tapi nasib lepas! hihihi masa percubaan pertama ukcg dulu , sit up langsung tak lepas. nampaknya dh improve:p

Station ke-4 - lunjurkan kaki then hujung jari tangan kena sentuh hujung jari kaki [15markah]

alamak tak ingat la specific name dia apa?! hmm tapi masa kita buat tu nanti, kite akan tolak something and benda tu akan jadi pengukur jarak sejauh mana kita boleh lenturkan badan. Tujuan buat benda ni , nak tengok tahap fleksibility badan kite. OMG sbbkan kite tangan pendek , tak dapat full mark. 9marks je. Alhamdulillah atleast ada jugak.

Station kelima - Bleep test! [40markah]

yeahh station paling kuat menguji stamina! station ni, kite kena lari ulang alik . Semakin tinggi level, semakin cepat waktu larian kena buat. untuk station ni, ada sorang brother tu buat sampai level 7.7. dasyat gilaa! setiap level ada 8/9 kali ulang alik. contoh mcm level 1.1 , 1.2, 1.3, 1.4 sampai la 1.9 pastu masuk level 2.1 , 2.2 and etc. Facilitator yang jaga kita tu ckp perempuan kalau nak lulus buat smpai 3.1 pun okay dah. hihihi so kite buat smpai 3.2 , lebih 1 larian sikit je. Nak selamat katakan. Yang ni kite taktau markah dapat berapa sbb borang tu , faci tu terus pegang and submit. Tak sempat nak tengok! Apa pun , lari la selagi mampu kat station ni . Lagi tinggi level, lagi banyak markah!

Alhamdulillah , selesai kelima-lima station dalam pukul 1 tengah hari mcm tu. Lapar gila sbb tak breakfast pagi tu and penat gila + sakit2 badan tu tak dapat dibayangkan .hahahaha ni la padahnya kalau tak training awal2. Lagipun tak expect akan dapat and malas nak berharap memandangkan ni kali kedua cuba mintak.. hihihi

Last but not least, ukcg kali ni lagi seronok daripada masa first try tahun lepas (2015) . sebab kali ni mintak kat negeri kelahiran sendiri, which is Pahang so dapat kenal junior-junior yang friendly and banyak tanya! hahahaha mentang2 kita tua setahun, macam2 depa tanya pasal universiti. Btw ni advantage tua setahun , senang nak check name kat checklist . Spot je ic number 97 , sikit jee yg mintak. Majority tahun 98. Seronok laa dapat kenal loghat pahang, lain daerah lain cara cakap! comel jeee. hahahaha apa pun best of luck to all UKCG candidates . semoga kita lepas pergi interview pulak! hwating!

Assalamualaikum

No comments: