One Utama Shopping Centre, KL

Assalamualaikum 

Hai there! okay kali ni nak cerita pasal OU Mall pulak . Post yg lepas pasal IOI City Mall , hihi well duduk KL kerja travel mall ke mall jelah , takde sangat kot tempat air terjun ke , panjat gunung ke , yang ada bangunan tinggi-tinggi je . 13/11 yang lepas ,  buat pertama kali aku pergi OU Mall . maklumlah , zaman skolah jarang skali gi kl , jarang skali gi jenjalan shopping ni .. dah masuk U ni barulah ada peluang time hujung minggu , tu pun sbb nak hilangkan bosan . Yela , nak balik rumah tak lepas , highway kl-karak ada berlakunya banjir lumpur , kat kawasan lentang . so , jalan tutup .. bus pun tak lepas lalu :'( rindu mak , hukhuk..

Back to the main topic , macam biasa kami keluar dari UIA.PJ dalam pukul 11pagi . kami ambil free bus yang warna hijau , memang disediakan utk rakyat petaling jaya . Naik green bus tu sampai lrt asia jaya . sampai situ, amek pulak lrt asia jaya ke kelana jaya (KJ24) , harga token RM1.30 . Then , amek bus rapidKL no U89 pergi OU Shopping Mall . tambang bus RM2.00 . so total tambang pergi baru RM3.30 . jimat kan? hihi

litte garden at OU Mall
setibanya di OU Mall , biasalah jenjalan tawaf mall tu . sumpah! besar and luas gila , tak larat kaki nak tawaf floor by floor , wing by wing .. sampai sesat nak cari jalan balik tau! haha first sampai situ, kami gi cari food court dulu sebab dah tengah hari , perut pun dah nyanyi lagu dangdut gitu..  Then dah kenang makan sweet sour chicken & rice nyum nyum, kitorang gi solat zohor , Surau dia time kami pergi tu alhamdulillah selesa , ada telekung disediakan :) lepas solat , pergi karaoke! dekat song box , 4th floor . kami amek package RM20 for 1 hour . sekejap je karok, kang hilang suara pulak. hahaha dah habis karok , gi tengok tempat wayang which is GSC (golden screen cinema) , pastu tengok tempat main bowling . ni semua dekat 4th floor , tak tengok pun wayang and tak main bowling . Mood takde , cehh ;p then dah habis round and round , perut lapar lagi hahahaha singgah chatime , kawan nak beli air apa entah, then singgah burger king makan kat situ.  Lastly , kami masuk candylicious . masuk sini rambang mata , taktau nak pilih mana satu coklat! semua nampak sedap uishh pokai gini hahaha. lama jugak la melekat dalam tu , comel comel  gula2 geram la tengok! hahaha then gi solat asar kat tmpat surau yg sama apa semua , get ready to go back! yeahh

in candylicious shop!
memandangkan dah lewat petang , kami pun keluar dari mall , ingatkan nak amek bus U89 balik ke kelana jaya , tapi bus tu dah penuh , tak muat penumpang dah sbb time tu waktu orang balik keje. Kami pun silap timing , pergi time hari Jumaat , waktu bekerja adoii . So kami tukar destinasi , amek bus rapidKL U82 ke KL Sentral . tambang RM2.50 sbb jauh sikit . then amek lrt dari kl sentral ke stesen universiti RM1.30 . pastu balik UIA,PJ amek metro bus no 12 , tambang RM1.00 . so total tmbang balik RM4.80 campur dengan tambang pergi RM3.30 = TOTAL RM8.10 . yeahh ! tak sampai RM10 pun . kalau naik teksi , confirm la berpuluh puluh hengget , membazir! 

Pengalaman travel kecil kecilan kali ni , agak menguji kesabaran sikit . hahahaha sebabnya nak kena tunggu bus , nak kena hadap jem time otw ke kl sentral , tapi paling best bila dapat tahu banyak cara nak pergi OU Mall , and aku je ibarat katak bawah tempurung. Huhuhu lepasni nak gi mall lain pulak ;) Sampai sini sahaja penulisan kali ini , Ada rezeki, update lagi! 

Assalamualaikum

IOI City Mall Putrajaya

Assalamualaikum

Alhamdulillah , baru-baru ni ada pergi IOI city mall. Memandangkan cuti hari minggu bosan duk kat hostel , so ajak la kawan pergi ioi . Jujur , ni first time nak pergi mall tu , and first time jugak pergi jauh dari UIA,PJ which is tempat aku belajar. hahahaha saja mengada nak jalan jauh sikit, dah jemu jalan kat time square, midvalley or nu sentral tu . Nak jugak try tempat2 baru . Acah acah travel kecil-kecilan gitu . Hahaha

Nak dijadikan cerita , malam sebelum kami pergi ioi city mall tu, ada jugak la search google mcm mana nak pergi sana , naik transport apa . haa , kami tak naik kereta , nama pun student so public transports are so familiar with us :P hahaha hasil daripada google , kami pun mula perjalan pagi tu dlm pukul 9 lebih . Gerak awal keluar dari mahallah (hostel) , sebabnya petaling jaya to putrajaya is so far away ~

CARA NAK PERGI > Mula2 naik bus rapid kl RM1.00 pergi ke stesen lrt universiti . Sampai situ , naik LRT pergi pasar seni . tambang RM1.60. Then , amek metro bus nombor 68 ke ioi city mall , RM3.50 . Tambang pergi sahaja RM6.10 per person. travel dari petaling jaya tu putrajaya okay , jauh jugak la so kiranya tambang ni harga paling murah termasuk dengan gst hahaha.

depan ioi city mall

Perjalanan dari UIA,PJ ke ioi city mall ni lebih kurang hampir 2 jam je. Ikut keadaan jugak , kalau tak jem , cepatlah sampai.  Setibanya di ioi city  mall , aku and kawan2 gi makan dulu dekat KFC . Kebetulan pergi time birthday kawan, dia teringin KFC so bawak la dia makan KFC . Then perut dah kenyang, baru la kitorang survey tempat floor by floor . Entah macam mana , terjumpa taman kecil ada kolam kat luar ioi mall . Eh cantik pulak, so memang sesuai jadi port untuk selfie , wefiee bagai.

bersama anak dinasour baru lahir! ahahaha

Next , dah berpanas-panasan kat luar mall , kami masuk balik dalam mall tu nak aircond punya pasal. HAHAHA memandangkan ioi city mall ni terkenal dengan ice skate , so kami pergi lawat icescape . dekat 3rd floor kalau tak silap. Seronok tengok orang main ice skate, aku teringin gak nak main tapi takde rezeki sebabnya aku berjubah!! omg , bayangkan berjubah main ice skate, dah la tak reti main . Hahahaha kena gelak je la aku kat tengah2 orang tu.

icescape! bersama penguin comel!

Dah puas perati orang main ice skate, kami pun sambung tawaf dalam mall tu . Singgah chat time , singgah baskin robins , singgah stall yg jual roti pratha (lupa nama) , singgah food junction , well actually kami ni banyak melaburkan duit kat makanan instead of shopping baju kasut bagai . Tak shopping pun ! beli makanan je banyak. HAHAHAHA betapa savingnya aku kat situ. Tak tengok wayang jugak , sebabnya tak berminat nak tengok . Tempat bowling pun ada, tapi tak main. Kami cari tempat karaoke , tapi takde . so , jimat duit dalam poket tak melayang banyak sgt. HAHAHA 
Around 5pm , kami pun gerak balik ke UIA , sebabnya hari dah lewat takut tak sempat nak smpai hostel. Lagipun dah penat tawaf and gemukkan badan , cari jodoh pun tak jumpa jodoh hahahaha. 

CARA NAK BALIK > kami ambil shuttle bus free pukul 5pm .  bus ni memang disediakan , tambangnya pulak free . Bus ni akan hantar terus ke KTM Serdang . nak dapatkan bus ni boleh pergi level P3 , turun je guna lift or esculator dalam mall . sampai KTM serdang , kami beli tiket balik Midvalley , tambang RM1.50 per person . sampai midvalley , kami naik metro bus nombor 12 , balik UIA, PJ , tambang bus RM2.00 . so total tambang balik RM3.50 je .. Murah & berbaloi ! kami sampai UIA dalam pukul 7pm macam tu. 

Finally , total tambang pergi and balik adalah .. RM9.60 per person . Yeyy ! tak lebih bajet RM10 pun , boleh travel dari petaling jaya ke putrajaya . Hihihi mission accomplished! ni baru dikatakan "travel kecil-kecilan" . Seronok , enjoy and menjimatkan ! hahaha

tawaf mall bertiga je!

That's all for now , hope next time boleh pergi tempat lain , tempat baru yg tak pernah jejak and kalau boleh lagi jauh . hihihi okay bye !

p.s : harga tambang mengikut peredaran masa ye! harga tambang yg tertulis tu masa 7/11/2015 . harga masa akan datang not sure naik or turun or still the same :)

Assalamualaikum