Back To School!



school reunion of Sky High Girls School
Assalamualaikum

     Bila sebut pasal sekolah, mesti teringat kawan-kawan lama.. teringat kelas2 yang pernah diduduki.. teringat cikgu-cikgu yang banyak membantu.. teringat denda2 tak siapkan homework.. eh? hahahah rasa macam baru lagi tinggalkan sekolah, dah nak masuk 2 tahun rupanya tak jejak kaki kat sekolah tu :P btw

      So disebabkan nak buat sesi throwback kononnya, kite and teammates pilih tema "School Reunion" untuk assesment public speaking for special occasion. Eh ni bukan school reunion sesama kawan sekolah tauu... memain je :P Nasib baik pilih tema ni, rasa enjoy jugaklah nak buat! Bila kita buat sesuatu dengan senang hati, kita akan rasa urusan kita tu mudah. Betul tak? hewhew.
 
      Nak dijadikan cerita, dalam assesment ni, setiap ahli kumpulan kena bagi speech. Dah nama pun public speaking class, bercakap jelah assesment kite. Setiap orang play different role. Ada group2 lain buat pasal pengebumian, pasal Miss Asian 2016, pasal Sport day and last kitorang punya group.. School Reunion. Dalam group kite; first kitorang decide nama skolah.. "Sky High Girls School". haaa cliche sangat kan, nama nak gempak je hahahaha. memandangkan semua ahli kitorang perempuan, so tu yg letak girls school konon2 la. Yang jadi pengetua,Izyan.. Aiza sebagai head prefect yang skrg dah jadi lawyer. Kamalia sebagai best academic student yang dah jadi bisneswoman berjaya.. Farisha sebagai best sport student.yang dah jadi atlet tenis muslimah no 1 dunia. Amira sebagai student yg bermasalah time skolah tapi turns to be one of successful person which is jadi ahli psikologist. And last, aku jadi Emcee untuk event school reunion tu kekonon masa tu pekerjaan aku newsreader kat CNN. hahahaha propa betul.

     Di hari kejadian, alhamdulillah everything going well! sebabkan aku jadi MC, so aku la yang banyak cakap. at first, gugup gak la, nervous punya pasal. Pastu bila tengok sir Jefri senyum, aku rasa tenang sikit :P kikikiki selalu dia observe student muka serius gila nak mateyyy. Mungkin sebab mood dia baik kot time tu, maklumlah hari keesokkanya birthday dia. Nyanyi la birthday song kat dia dalam kelas... Happy birthday sir! hahaha

     Okay cukuplah tu. Jom tengok gambar :D enjoy!

my public speaking classmates section 803

with sir jefri. huhuhu

teammates ! :D

hai farisha and am!

       Oh btw, kitorang tebalkan muka je berlegar-legar dalam UIA pakai baju sekolah. pergi kooperasi, akak tu tegur "eh budak sekolah mana ni?" hahahaha pastu gi cafe untuk makan, semua macam pandang pelik. Lantak lah hewhew . Bukan selalu dapat peluang pakai baju sekolah kan :) pape pun, korang simpan lagi tak baju sekolah? kalau simpan , baguslah . buat kenangan weh! sekali seumur hidup je pakai baju sekolah ni. Dah masuk u , pening kepala nak pikir pakai baju apa, tudung apa, colour warna apa setiap hari nak ke kelas. Zaman sekolah, everything being organized. Heaven gak la kadang2 ada peraturan camtu. hmm Rindu sekolah :P

        Okaylah. Tu je nak citer untuk entri kali ni. Jumpa lagi nanti!

Assalamualaikum.

Al-Fatihah..

Assalamualaikum

    Alhamdulillah, masih diberi umur yang panjang, masa terluang untuk update blog. Lama dah tak update blog since last entry bulan May haritu. Kali ni nak cerita pasal arwah wan(nenek).

wan yang hujung belah kanan. gambar raya haji 2015


    Masa cuti sem ketiga haritu, tak jangka akan balik kampung sebab plan memang nak balik waktu raya aidilfitri je bulan 7 tu. Tapi, pada suatu hari,.. hari sabtu,waktu tengah hari, dapat panggilan dari pakngah cakap wan jatuh bilik air. Mata terpejam, taknak bukak, badan tak bergerak. Allahuakbar! berderauu darah mendengarnya. Masa tu tengah makan nasi, terus tak lalu nak makan. Mak dah mula resah, dah mula nangis, susah hati! dalam waktu tengah hari tu jugak, mak ajak kitorang (adik bradik) balik kampung. 

     Dipendekkan cerita, sampai kampung dah waktu maghrib. Masuk je rumah, nampak wan terlantar baring dekat atas toto. Mata memang memejam, kite tanya wan "wan, kenapa wan pejam mata? cuba bukak tengok akak(panggilan kat rumah)" . Wan cuma diam je. Lepastu tanya pakngah, apa dah jadi.. pakngah pokde, cerita wan jatuh bilik air masa tengah hari, tersungkur dekat lantai. Nampak luka kat kaki belah kiri wan, nampak benjol kat muka, lebam kaki tangan. Kite sentuh luka kaki belah kiri, wan tak rasa pape, wan tak mengadu sakit. Rupanya nurse bagitau anggota belah kiri dia tak berfungsi dah. Allah, rasa sedih sangat, rasa sayu betul hati. Pegang tangan kiri wan, pastu cuba lepaskan . Wan tak bagi respon pun. Tangan dia lembik :'( 

     So minggu pertama jaga wan, alhamdulillah semua okay. Siap jemput tukang urut datang urut badan wan, dengan harapan tangan kaki lumpuh tu boleh pulih semula. Masa ni kite dengan mak and adik kecik je jaga wan. Sebab abah kena balik, cuti tak lama. Angah pulak waktu tu musim sekolah, takleh ponteng. Mak , pakngah, pokde jaga wan waktu malam. Kite waktu siang jaga wan, duduk dekat dengan wan. Mandikan wan, suapkan makan, ajak wan borak dengan kite, walaupun wan kurang bercakap. Sedih sangat tengok wan terlantar baring camtu, tapi kitorang satu family usaha jugak bagi semangat kat wan, tak putus-putus. "wan kena makan, biar sihat" "wan mandi tau, biar wangi-wangi". Bila waktu siang, selalu angkat wan atas kerusi malas biar belakang badan wan takde la panas sangat sebab rumah kat kampung tu waktu siang panas gila. Baring atas tilam, badan jadi beruap. Wan mesti tak selesa tu yang letak atas kerusi malas. Hmm tak seronok balik kali ni sebab kali terakhir jumpa wan , bulan 9 tahun lepas, waktu dia tengah segar lagi. 8 bulan tak jumpa wan, pastu ni jumpa tengok wan dah macam tu. Tak sanggup nak tengok :'( dah tak seronok balik kampung kali ni sebab dah takde orang nak dengar cerita kite, takde orang nak mengusik kite, takde orang nak nasihat kite. 

    Masuk minggu kedua, dah nampak sikit positif feedback dari wan. Kaki kiri dah mula bagi tindak balas, mata pun dah tak memejam 24jam. Cuma wan salah jadual waktu tidur.. Malam dia berjaga, siang dia tidur. waktu maghrib tu la paling waktu dia suka sangat tidur. Kita cuba hiburkan dia, tak bagi dia tidur. Ajak dia borak, and selalu lepas solat.. bacakan yasin, bacakan ayat2 quran untuk wan . Mana tahu, dengan mendengar ayat quran, wan makin cepat sembuh. Harapan besar betul nak tengok wan sihat macam sediakala. Wan dah ada selera nak makan bubur nasi. Wan cuma boleh makan benda lembut2 sebab dia takleh nak ngunyah benda keras. Pastu bagi minum milo, biar ada tenaga. Bagi minum nestum la, pastu urut badan dengan minyak urut/minyak panas/ ubat gamat .. Haa wan selalu ngadu dia sakit kat ulu hati, pastu selalu ngadu sakit kepala. Kitorang ingat dia ada darah tinggi sebab jatuh pastu mcm kena strok. Tapi doktor cakap, darah tinggi dia normal. Cuma waktu dia jatuh tu je darah tinggi naik sikit sebab terkejut agaknya. Pastu kolestrol ke apa semua normal. Hmm dah macam cara kitorang cuba usahakan , mandi berserung la (mandian daun herba), siap panggil bangla yg kerja kontraktor tu urutkan wan dengan minyak unta pebenda entah. Btw pakcik bangla tu kitorang pggil Uncle Abu. Dia baik sangat, ilmu agama dia tinggi, penghafal Quran. Kite ni judgemental sangat asal bangla je, ejek. Actually, diorang ni baik, Uncle Abu tu la yang tlong urutkan wan, bagi tips mandikan wan dengan air suam campur daun limau purut. Melancarkan darah katanya. 

     Masuk minggu ketiga, hari sabtu.. angah balik kampung sebab cuti sekolah pertengahan tahun dah start. So dia balik, nak jaga wan. Macam hari-hari sebelum ni, kitorang jaga elok2. Isnin, Selasa, Rabu .. Dia lalu makan, kaki dia dah mula gerak2, dah mula banyak borak, siap bergurau time kitorang mandikan dia. Memang positif sungguh la 3-4hari tu. Siap cerita pasal Sang Kelembai tu orang asli yang kawen dengan anak raja , and disumpah menjadi batu. (taktau dongeng ke betul). Wan cakap batu kelembai tu masih ada dekat dengan area lubuk kelembai (sungai ulu tembeling) , lubuk tempat dia menjala ikan. Pastu, ada satu petang tinggal kite, angah dengan wan je. Sebab mak keluar pergi cari telur kampung untuk buat jampi wan. Kitorang ni punya bosan, taktau nak buat apa.. Kite amek tafsiran Quran, baca la surah2 juz amma' kat sebelah wan, siap baca terjemahan, pastu amek iktibar dari ayat2 Quran. Alhamdulillah masa dengan wan terisi dengan perkara berfaedah. Oh YA ! dalam minggu ni, wan asyik mintak telekung sejadah pada kite. Kite sampai dah taktau nak cakap kat wan macam mana, yang wan tak boleh solat. kite tak reti ajar solat dalam hati. sebab wan takleh gerak kaki tangan, mata pun asyik memejam. Bukan nak celik. Hmm Ni menyesal sungguh tak bagi wan pegang telekung dia even sekali, sebab tu benda yang paling dia nak sangat :'(

    Hari rabu, minggu ketiga. Malam tu, dia dah start takleh tidur. seolah-olah dia takut, sebab kejap2 dia panggil nama mak,dia panggil nama pokde. Memang tak tidur langsung waktu malam. Pastu dia asyik cakap bukan2, dia nampak orang besar. Pastu dia kata nampak ramai orang depan dia. Ya Allah, taktau la apa maksud wan tu. Pagi jumaat, ada sedara datang melawat wan. Dia tegur muka wan nampak pucat, pastu kite cakaplah wan tak tidur langsung waktu malam. Kita dah start tak sedap hati. Khamis malam jumaat .. Jumaat malam sabtu.. pun sama, wan langsung taknak tidur. Kejap2 dia panggil nama orang, padahal kitorang memang tidur sebelah dia, tidur sekelambu lagi. Dia ngadu suruh picit lengan dia, picit kaki dia.. Kita tiap2 pukul 4 pagi sampai la waktu subuh.. Memang duduk sebelah wan, siap dodoikan wan dengan zikir2 tasbih suruh wan lena tidur. kite banyak kali cakap "wan tidur la. waktu malam lagi ni. semua orang dah tido" . tapi still wan taknak tidur. Dia cakap nampak orang besar la,.. haa , masa pagi jumaat.. dia cakap dia nampak kucing hitam dekat hujung pintu bilik , padahal takde! Allah, Seram sejuk oii ! mana ada sesiapa melainkan kite yang berjaga sebelah dia. Duduk berdua dengan dia kot. tapi nak sedapkan hati cakap "oh tu mesti si hitam (kucing kat rumah) dia main2 kejar biawak agaknya" . Padahal , bayang2 si hitam pun takde kat situ.  

    Pagi sabtu, sekali lagi aku dibiarkan berdua dengan wan. Macam biasa, aku pergi panaskan bubur.. Buatkan air milo.. sediakan secawan air masak dengan sudu. Pastu tanya wan "wan nak makan bubur tak?" . wan cakap "taknak" . pastu kite cakap "tapi akak dah amekkan bubur ni. sedap wan" . Pastu wan baru nak makan. suap 4-5 sudu, pastu bagi minum milo .. terus dah wan taknak makan. Kebetulan ada jiran sebelah rumah datang melawat. Diorang tegur wan nampak pucat, kite cakap wan dah 3 malam tak tidur. Dan tiba-tiba.. wan tanya aku "kakak bukit apa tu, tinggi bukit" .. pastu aku cakap "eh wan! kite dalam rumah ni. mana ada bukit. takde bukit la wan" .. pastu wan kata "yeee ada bukit.. tu bukit tu" :'( uishh seram betul. mana pulak datang bukit dalam rumah??!! Then kite kejutkan mak and angah yang tidur lepas subuh sebab diorang tak tidur semalaman jaga wan. Pastu macam biasa mak layan tetamu.

     Tengah hari sabtu, kitorang tinggalkan wan dengan aki berdua kat bilik. Aki urut2 tangan, urut2 kaki. memang relationship goals la sebab aki tak pernah tinggalkan wan sorang2 , memang dia akan jaga wan siang malam. So kitorang amek kesempatan masak kat dapur. Siap makan la, berselera betul masing2 makan . ada sambal tumis tempoyak petai. fuhhh, makan nasi bertambah! tiba-tiba semua orang macam berselera gila nak makan. Tibalah waktu zohor , kitorang gi solat zohor bergilir sebab jaga wan. Then mak siap solat, mak duduk dekat dengan wan. Mak pangku wan , sebab tengok wan macam lenguh terbaring so kitorang dudukkan, bersandar pada mak. At first, everything seems normal. Sebabnya aku boleh tinggalkan mak berdua dengan wan je. Aku gi teman adik aku tengok tv , kartun Toy Story tv2.  Ada tetamu datang, pastu aku gi buat air then bawak masuk bilik . Aku tengok mak aku dah start nangis, wan dah macam orang semput teruk . mak tanya wan "mak bernafas ikut mulut ke ikut hidung?" , pastu wan cakap "hidung".. Dah lain macam dah! tetamu time tu (tak ingat nama) , makcik tu mintak mak letak wan , baringkan wan. Pastu mak tak sampai hati tengok wan semput teruk.. padahal selama ni wan mana pernah ada semput. Mak ingat nak bawak wan pergi klinik utama kat kampung bantal (nama kampung) , tapi macam tak sempat je. Mak letak je wan atas bantal ... pastu mak suruh aku amek wuduk , pakai telekung, baca Yasin sebelah wan.. Rupanya itu saat-saat nazak wan :'( 

     Sambil baca yasin, aku pegang tangan wan.. Sejuk sangat! makin lama nafas wan makin perlahan.. Dan akhirnya wan hembuskan nafas terakhir masa aku dipertengahan ayat surah yasin. tak sempat habiskan bacaan yasin pertama pun.. Aku masa tu macam orang bodoh.. aku tanya mak "mak, wan tido ke?" sebab wan nampak tenang sangat :') macam hari2 sebelum ni, aku bacakan yasin.. wan tido... rupanya TAK! wan dah takde :") mak peluk aku, pakngah urut bahu aku.. dia cakap "sabar eh kak. wan dah takde dah. wan dah pergi"  :'( Allah , bacaan yasin aku dah tak betul. rasa gugur jantung aku. rasa gelap kejap dunia. Sekelip mata wan pergi tinggalkan kakak. terlepas genggaman tangan wan dari kakak. :') Kakak rindu wan sangat! So, sempat 2 kali baca yasin kat wan masa wan baru pergi tu.. lepastu masa family uruskan hal2 kafan , pengebumian wan.. aku duduk sebelah wan, tunggu wan.. Baca yasin 3 kali sebelah wan.. dengan air mata memang tak berhenti mengalir , bengkak teruk la mata. Aku ingat nak baca yasin kali keempat, lepastu dah tak sanggup tengok sebab ada sorang kawan wan gantikan kain batik yg tutup wan dengan kain kafan putih . katanya kain batik tebal, panas.. so ganti dengan kain kafan. Kesian wan , rasa tak sanggup tengok kain kafan putih wan. Akak tak sanggup :'( akak keluar dari bilik, akak duduk luar rumah. amek wuduk banyak kali, biar tenangkan hati,, pastu baru masuk semula duduk dekat ngan wan.

     Akak nak mandikan wan, tapi akak terpaksa jaga adik , si ecah. dia taknak berenggang dengan akak.. so akak sempat jirus air dekat kaki wan je. Takpelah, akak dah puas mandikan wan masa wan hidup dulu. Pastu akak tengok wan dikafankan, Ya Allah cepat je wan pakai baju semua. Allah permudahkan urusan wan. Alhamdulillah. pastu wan disembahyangkan , akak amek masa untuk solat asar jap. sebab akak baru ingat akak tak solat asar lagi. Lepastu wan dibawa keluar dari rumah, wan diusung orang kampung. Hingga tibalah ke kubur. Wan , akak tak sanggup tengok wan ditimbus dalam tanah. Akak duduk jauh dari tempat kubur wan.. Lepastu dengar orang bacakan talkin.. Allah , sebak betul hati masa tu. tapi orang cakap kat kubur tak baik nangis.. Akak tak nangis wan, akak dah redha. Akak tau wan dah penat tanggung sakit, so akak tau wan dah berehat kat sana. sampai la selesai pengebumian..

     Akak balik rumah ..Rumah sunyi sangat! itulah suasana paling sunyi pernah akak lalui.. Rasa hilang satu cahaya dalam rumah.. Gelap! dunia akak gelap kejap wan. tengok tempat tidur wan, wan takde kat situ. pergi dapur, tengok ada bubur yg akak belajar masak khas untuk wan :'( akak tak sanggup nak buang wan! cawan milo wan, dengan sudu masih ada lagi kat tepi tmpat tidur wan. Rindu kat wan walaupun baru sekejap wan pergi.. Malam tu, buat bacaan tahlil untuk wan. Selesai majlis, kami satu family tak boleh tidur . teringat kat arwah wan, terasa dia masih ada dalam rumah tu..


    Al-fatihah untuk arwah wan. 4 June 2016 bersamaan 28 Syaaban 1437H . Ye wan, wan tinggalkan kakak berpuasa , beraya tanpa wan tahun ni :') akak rindu sangat kat wan. Semoga wan ditempatkan dikalangan orang beriman. Amin Ya Rabb. aku kehilangan salah seorang yang paling rapat dengan aku. Tempat aku kongsi cerita segalanya. Hargailah mereka selagi mereka masih ada dengan kita. Moga orang kita sayang sentiasa dipanjangkan umur :') amin..