Karnival Kampungku

Assalamualaikum

Kali ni nak cerita sikit tentang karnival sulung yg diadakan di kampung aku. Kampung aku terletak di Ulu Tembeling, Jerantut, Pahang . Nama kampung aku, Kg Kuala Sat. Nama pun "ulu" so kampung aku ni terletak dibahagian pedalaman. Benda paling syok , nak balik kampung kena naik perahu :D lebih kurang 2jam lebih je . Sempat kematu la punggung hahahaha . 

jommm naik perahu beratap :D

Karnival yg diadakan tu dinamakan "Karnival Kampungku" yang dianjurkan oleh group whatsapp kampung aku sendiri , group ulu tembeling . See ! whatsapp bukan sekadar borak kosong, boleh jadi benda bermanfaat kalau pandai gunakan :D Karnival ni karnival sulung yang diadakan besar-besaran , kerjasama dengan PahangFM . Ada artis jugak datang seperti Haziq AF , Shikin dangdut and Herman Tino . Antara dj-dj Pahangfm pulak ialah DJ kak Anum dan DJ Abang Hezree . seriously , diorang sporting gile! suka dengar diorang conduct karnival guna loghat pahang hihihi

DJ-DJ PahangFM  . Abang Hezree dan Kak Anum :D

Sepanjang karnival tu , macam2 aktiviti diadakan .. ada banyak gerai2 dibuka , ceramah dari ustaz import dari jerantut feri (lupa nama) , lepastu ada diadakan permainan sukan darat & air . Nak cerita panjang pun tak best, bagi tengok gambar lah :D antara aktiviti2 yang diadakan bersama orang2 kampung.. 


lumba kaki gajah : permainan yg menggunakan
tempurung kelapa sebagai tapak kaki

main pukul bantal , siapa jatuh dulu dia kalah :P

lumba panjat tiang licin dalam masa terpantas ! kau berani? hahaha

lumba menyelam paling lama :D

tarik jangan tak tarik bang ! hahaha aktiviti tarik tali atas pasir

liga bola sepak antara team2 kampung 

pertandingan bola jaring antara team2 kampung . cepat kak!!

itulah sedikit sebanyak aktiviti yang ada :D ada banyak lagi aktiviti sebenarnya tapi takdapat nak upload semua , disebabkan ruangan entri yang tak cukup besar . nanti panjang lebar pulak entri ni. Karnival ni diadakan pada 16,17,18 Oktober yang lalu :D terima kasih dekat penduduk2 kampung yang sudi hadir ke karnival ni , buat julung kalinya.

Sekian , cukup setakat ini sahaja . semoga karnival2 sebegini akan diadakan lagi nanti :D seronok balik kampung , ada aktiviti camni ! ;)

Assalamualaikum

Berakhirnya Semester 1

Assalamualaikum

   Alhamdulilah , maka berakhirlah semester pertama di CFS , rasanya dah boleh bernafas lega , ibarat melepaskan diri dari tersepit celah almari . hahahahha now tengah cuti sem , dah nak habis minggu kedua pun (23/10/2015), cuti 3 minggu je start 6/10 haritu . So , disebabkan ada waktu yg terluang , daripada terbuang mcm tu je lebih baik layan blog yg dah berkurun lamanya tak berusik . hahahaha terlalu sibuk tambahan internet kat cfs tak cukup laju mcm kilat xD hahahahaha so malas sangat nak on.

   Dikesempatan yg ada ni, nak jugak la cerita serba ringkas pasal hidup di CFSIIUM,PJ (but I prefer to call "UIA" pendek sikit sebut) sepanjang 5bulan . First of all , alhamdulillah berjaya tamatkan sem 1 dengan penuh drama . ketawa , menangis, frust, takde perasaan pun hadoo . hahahah Aku mulakan hidup aku jejak UIA ni pada 31/5/2015 . Yeahh masa tu perasaan bercampur baur , happy sedih excited takut semualah . This is my first time staying at hostel for a long period! Ya Tuhan , rasa nak masuk dalam perut mak balik hahahaha eh dah besar dah aku :P mujurlah petaling jaya dekat je dengan bentong,pahang , naik public transport (bus > lrt > teksi) lebih kurang 2 jam jelah . senang sikit nak balik rumah :D hihihi

   First day sampai tu , daftar diri dekat Al-Malik Faisal Hall . dewan paling femes kat CFS , hmpir segala program dianjurkan mana2 pihak buat kat dewan tu . budak2 CFS panggil "dewan AMF" . Dengan berjubah, bertudung putih , berkasut kulit hitam , sandang beg  , aku masuk dewan ambil resit bayaran yuran , kunci bilik , dapat sehelai t-shirt cfs warna hijau hitam , tudung cop cfs sehelai , taaruf file , and last amek gmbar utk kad matrik . Masa mula2 sampai tu , ramai gila makhluk Allah bertudung putih bagi kaum hawa and berbaju kemaja putih bagi kaum adam (wajib pakai sepanjang taaruf week) . Tapi sayangnya , aku sorang je orang bentong kat situ :'( takde geng , tak kenal sesape , tengok orang lain ada jugak teman setaman , sekampung, sedaerah , aku ni harap teman se-negeri je itupun aku tak kenal xD hahahaha ibarat orang asing datang Malaysia , kawan2 sekolah ramai tak dapat UIA , ada yg dapat pun tolak :( so dengan rasa takut plus berdebor , aku redah jelah hari pertama tanpa orang yg aku kenal.

   Next , dah amek kunci bilik , pergi la tengok bilik . Alhamdulillah , I got Mahallah Aisyah level 2 , room 227.  Ada la rasa sedih bila family tolong punggahkan barang2 aku bawak masuk bilik , lepastu diorang balik tinggal aku sesorang huwaaa hahahahaha . Dalam 1 bilik aku ada 6 ahli , masa ni ber-taaruf dengan kawan2 baru yakni roommate aku selama 5 bulan kat sini :D  Nasib aku bertuah , dapat roommates yang baik hati sangat2 plus satu kepala :D then , roommates aku semua datang dari jauh2 and aku punya sepasang kawan kembar Hiks , they were so cuteee!! . Shida from sabah , Kinah from Johor , Syasya from Kedah , Twins (Qilah & Dilah) from Perak . Gabungan hebat meletop kebabom gituuu . Memasing excited nak cerita pasal diri masing2 :* Yang paling best, aku merasa habiskan walau satu sem di mahallah Aisyah sebabnya mahallah ni akan ditutup buat selamanya :') dapat merasa duk kejap pun jadilah , atleast ada kenangan :') sedih sangat, favourite mahallah aku nak runtuh,hmm

bersama roommates berlatar belakangkan bangunan Mahallah Aisyah 2015
   Nak cerita hari demi hari alamat tak cukup satu entri , so cerita benda penting je. Days by days , aku lalui hidup di CFS sbgai seorang pelajar , Alhamdulillah everything going smoothly . sikit2 problem tu biasalah , assignment, presentation, oral speaking... Tak pelajar la kalau tak lalui semua tu . What a surprise is , I can learn arabic language just for 4-5months then I attend for Syafawi . bercakap arab depan ustazah walaupun mcm budak darjah 1 . Alhamdulillah , rasa itulah pencapaian paling besar untuk sem 1 ni. sebabnya aku tak pernah amek arab seumur hidup aku ! mujurlah tadika aku masuk tadika islam , kenal la sikit2 perkataan arab tu walaupun aku dah lupa maksudnya apa HAHAHA . atleast , dah ada lekat sikit perkataan2 arab dalam kepala , In Shaa Allah walaupun level 1 je pun . hahahahha Tambahan pula , subjek RKA (Islam & others religion) ni subjek favourite aku walaupun bahasa yg digunakan english language high levei, Nak kena bukak kamus baca buku dia. Aku suka subjek tu , aku suka madam yang ajar aku tu , subjek ni dedahkan aku pada agama2 islam , hindu, buddha and kristian dengan lebih mendalam. atleast ada sikit ilmu pasal agama lain ;) dan ketahuilah sesungguhnya agama paling banyak tuhan adalah agama hindu! penat dok hafal nama tuhan , takut tertukar and terkeluar nama baru dalam exam. HAHAHA

   Apa yang best duk UIA , suasana dia terdedah dengan budaya ISLAM , seriously , dari cara berpakaian , cara percakapan , kebanyakkannya sopan dan alhamdulillah setakat ni tak jumpa hat yang otak terputus wayar , lelaki rambut punk , perempuan seksi tak cukup kain apa semua tu takde lagi dalam kampus. Malah pernah sehari waktu bulan puasa aku gi terawih dgn seorang sahabat roommate, 80% student yg datang masjid awal baca Quran kecil yg dibawa bersama sementara tunggu waktu isyak . Aku tersentuh hati masa tu :') first time aku tengok seramai itu pegang Quran , penuh khusyuk membaca. Maklumlah aku datang dari sekolah harian , sekolah bercampur agama dan bangsa , bab2 Islamik kurang pengaruhnya . Ya Allah , terima kasih masukkan aku ke tempat yg selalu ingatkan aku padaMu , yang selalu dekatkan aku padaMu agar aku tak leka, Kau pertemukan aku dengan orang2 yg mampu tunjuk bimbing latih diri aku supaya sentiasa ingat pada agamaMu :')

Lastly , In Shaa Allah I will finish my foundation for one and half year. takpelah lambat2 , takut jugak cepat2 satgi takleh catch up study . Semoga hati aku cukup tabah untuk habiskan asasi ni . Kadang2 ada rasa nak berhenti belajar , nak kawen terus hanya kerana masalah yg dilalui tak dapat ditangani dengan jiwa yg tenang HAHAHA , eh kawen konon , calon pun takde -_- Bismillah , semoga panjang umur , ada rezeki nak amek degree di kampus Gombak (main campus) nanti , amin


Salam sayang dari yang penat menaip :P hehehe

Tawaran Belajar

Assalamualaikum

Alhamdulillah , dah lama tak update. Entri kali ni cuma nak throwback cerita bulan April-May yang lalu :) dah berbulan-bulan punya cerita, hihi . Macam biasa , selalunya lepas keluarnya result SPM 2014 haritu , budak2 lepasan spm ni mesti nak tunggu panggilan kemasukan kemana-mana institut pengajian tinggi kan .

So dalam tempoh menunggu tu .. Mula2 , dapat tawaran masuk ipg , tapi kena lalui banyak ujian . ada 2 ujian , UKCG pastu baru ada interview . Aku tak lepas pun interview, sangkut dekat UKCG. Hibanya la hati bila check keputusan interview kat portal ipg , dapat jawapan "Harap maaf, nama anda tidak tersenarai dalam panggilan temuduga..." Masa tu , tuhan je tau sedihnya hati, siap menangis depan laptop :p hahaha sebab memang letak harapan tinggi menggunung la nak masuk ipg . Memang cita2 nak jadi guru sangat, tapi bak kata mak "kakak takde rezeki la tu kat situ . Nanti Allah bagi rezeki lain. Mesti ada hikmahnya" . Subhanallah! terima kasih Allah , Kau kurniakan aku orang2 yang sentiasa bagi semangat kat aku disaat aku rebah kekecewaan :') tak kurang abah, wan, aki, ayah2 sedara kat kampung semua bagi semangat. Kata mereka "boleh cuba mohon lagi nanti selagi umur tak lebih 21tahun . In Shaa Allah"

Next , dapat pula tawaran masuk tingkatan 6. Masa ni mood dalam dilema lagi sebab memang dari zaman sekolah, dah cakap kat diri yang aku taknak form 6. subjek dia berat, aku rasa aku tak mampu nak bawak. Tengok buku pengajian am pun rasa nak menangis hahahaha. Tapi kata abah "masuk je dulu form 6, nanti dapat tawaran u , baru keluar. kang tak masuk form 6, tak dapat tawaran , dah menganga duk rumah tak sambung belajar" Okay abah , anak ini menurut kata. So , aku pun masuk form 6 kat sekolah lama aku , SMK Sulaiman, Bentong. Jahatnya aku time tu cakap "alaa masuk sekolah ni lagi. dah 5 tahun dengan suasana yg sama" hahahaha memilih betul. Tapi yang seronoknya, aku masuk sehari je pastu dalam hari yang sama jugak keluar lah keputusan SAPS ..

Masa check keputusan SAPS, kawan aku tolong check guna fon dia. Masa tu tengah orientasi form 6 , nampak tak nakal gila org tengah orientasi, kami main fon kat belakang. Hahahaha mula2 check nama tuan punya fon , si Shawal.. dia dapat uitm , diploma tekstil (taktau nama penuh) . pastu check nama kawan, si Najiehah , dia dapat uitm jugak kat dungun , diploma pentadbiran awam. Dua2 ni tak pergi sebab atas faktor2 yang tak dapat dielakkan , Sampai la giliran aku, check nama .. tengok2 dapat Universiti Islam Antarabangsa(UIA) , asasi sains kemanusiaan , hahahaa

Tanpa fikir panjang, balik dari sekolah (form 6 kan still pelajar skolah :P) terus jumpa cikgu cakap aku nak keluar. Aku dapat tawaran belajar kat UIA . wehh mana tak gembiranya , akhirnya aku keluar form 6 , tempat yg kalau boleh aku memang taknak masuk sebab TAKUT TAKLEH BAWAK ! hahahaha cikgu pun okay je, dia ucap tahniah apa semua. Thanks cikgu ;) Balik rumah , berhari-hari aku search pasal UIA , pasal kos yg aku dapat.. Bnyak blog sebut pasal UIA , hampir semua cakap "UIA BEST!" , kawan2 aku yg nak msuk UIA tapi tak dapat pun cakap best!! aku dah senyum dah :D pastu aku search pasal kos aku . "HUMAN SCIENCES"  (HS). Kos tu takdelah 'berat' macam kos undang2 , kos2 aliran sains .. sebab HS ni sbnarnya subjek takde kaitan dengan sains pun! pendapat aku dia more to kemasyarakatan; kena bergaul ngan masyarakat. Ini pendapat aku sblum aku didedahkan oleh AA (Academic Advisor) kat UIA.


bersama roommates sem 1 sesi 2015/2016

Kesimpulannya , lepas buat solat istikharah , lepas berdoa, lepas mintak pendapat dari ramai orang, mintak restu mak abah , akhirnya aku pilih sambung pelajaran ke UIA . Ini bermaksud, segala tawaran2 belajar lain tidak diterima lagi :") Kampus aku kat Petaling Jaya. Pusat utama asasi (Centre for Foundation Studies). Alhamdulillah dekat ngan bentong , banyak public transport so senang balik rumah :P hehehe . Started from 1st June 2015,  Im offically a student of Centre for Foundation Studies , International Islamic University Malaysia (CFS IIUM) .

Malas citer panjang pasal UIA , kalau nak citer kena buat entri lain ni . hahaha tengok la nanti :P Okay, cukup berhenti sampai sini. Panjang umur , jumpa di lain entri nanti ;)


Assalamualaikum