Just Saying..


Assalamualaikum dan Haii Sayang-Sayangku :p

hari ni nak cerita pasal diri sendiri , takde tajuk khusus, random je. yeah tak apa cerita pasal diri, daripada sebut nama orang nanti jadi umpatan pulak. aku pelajar SPM . lagi 2 bulan nak SPM (date update entri harini, 6 September) , macam tak percaya je. dah besar dah aku. tak lama lagi dah nak habis sekolah. Rasa macam baru lagi masuk sekolah menengah, form 1, baru nak meronda kawasan sekolah . tup tup dah form 5, dah boleh hafal setiap pelosok kawasan sekolah tu. hahaha maklumlah kaki merantau jugak aku ni.  haa , sebut pasal SPM ni la ada kaitan dengan diri aku .

aku ni memang banyak gila musuh., lagi2 time nak exam . antaranya , musuh MALAS , musuh GADGET, musuh INTERNET . ahh musuh paling besar dalam diri aku tu :( musuh2 ni kalau aku tak pandai kawal , memang musnahlah masa depan aku. dah kalau asyik terlalu leka, lalai, pemalas . jangankan nak dapat straight A+ , nak lulus satu subjek pun belum tentu. berubah lah wahai diri sendiri . sampai bila nak macam ni? haihh

aku ambil 11 subjek untuk SPM . huyooo banyaknya.. banyaknya nak kena belajar, banyaknya nak buat revision, huishh sabar sabar . Jangan Stress. muda-muda dah stress nanti beruban satu kepala. hahahaha itulah pentingnya pandai bahagikan dan uruskan masa. Tapi jujur, aku sebenarnya tak pandai pun bab2 ni .time aku rasa nak study, aku study . dah la suka study last minit. Alhamdulillah cara study last minit tu sesuai dengan aku, membantu . sebab aku ni tak boleh study awal2 , nanti aku lupa apa aku study -.- banyak makan semut agaknya. lepastu kan , aku tak suka paksa diri aku untuk study. nanti ilmu aku study tak masuk kepala. but for sure, memang satu hari wajib aku study satu subjek, nanti aku ada penyakit rasa serba salah kalau sehari tak pegang buku #serius. Aku jugak suka bangun pukul 4 pagi untuk study . masa diperuntukkan 2 jam sampai pukul 6 pagi. aku rasa time sebelum subuh otak aku fresh, suasana tenang , ilmu mudah masuk . emm tu je kot.

how's about extra class? aku ada satu je kelas tambahan, itupun kelas math; yang kejap ada kejap takde, padahal berbayar kot. jawabnya belajar sendiri jugaklah aku ni. emm kadang2 sekolah ada buat kelas tambahan khas. tu memang wajib la aku pergi melainkan ada hal kecemasan. sebut pasal math, aku tak suka mengira :'( 10/11 subjek aku adalah subjek membaca, menghafal fakta . 1 je subjek mengira iaitu matematik -.- bersyukur sangat tak ambil addmath . hahaha aku pun takdelah pandai sangat kan . tahu tahap kemampuan diri macam mana :) okay, better jangan kutuk math . aku dahlah susah lulus, mengutuk lagi nanti tak lulus SPM aku . and fyi , math bukan dalam kategori subject list aku nak dapat A- A or A+ . sorry :')

Last but not least, orang kata budak yang ada peperiksaan besar dugaan dia pun besar-besar jugak . aku rasa dah banyak kot dugaan yang besar2 aku lalui . problems with parents, friends, loves and also haters . Alhamdulillah, setakat ni semua masalah aku dapat lalui dengan tenang . cehh tenang sangat , kadang2 tak tersabar aku jadinya . tapi takpe, anggap masalah yang dihadapi adalah tujuan untuk mematangkan diri .

Okay setakat ini jelah nak cerita . lama dah tak update entri , last update bulan May hari tu, sekarang dah bulan September . sorry :/ aku takde masa nak update. banyak kerja lain nak buat. tambah2 SPM dah memang dekat gila dengan aku. fokus belajar tu kena lebih . tengoklah, sampai lupa cara nak update entri macam mana. lantaklah. hahahaha okay , terima kasih sudi baca *kalau ada* . cerita sini habis sini okay? hihi

Salam Sayang,
Atikah Zulaikha.