IOI City Mall Putrajaya

Assalamualaikum

Alhamdulillah , baru-baru ni ada pergi IOI city mall. Memandangkan cuti hari minggu bosan duk kat hostel , so ajak la kawan pergi ioi . Jujur , ni first time nak pergi mall tu , and first time jugak pergi jauh dari UIA,PJ which is tempat aku belajar. hahahaha saja mengada nak jalan jauh sikit, dah jemu jalan kat time square, midvalley or nu sentral tu . Nak jugak try tempat2 baru . Acah acah travel kecil-kecilan gitu . Hahaha

Nak dijadikan cerita , malam sebelum kami pergi ioi city mall tu, ada jugak la search google mcm mana nak pergi sana , naik transport apa . haa , kami tak naik kereta , nama pun student so public transports are so familiar with us :P hahaha hasil daripada google , kami pun mula perjalan pagi tu dlm pukul 9 lebih . Gerak awal keluar dari mahallah (hostel) , sebabnya petaling jaya to putrajaya is so far away ~

CARA NAK PERGI > Mula2 naik bus rapid kl RM1.00 pergi ke stesen lrt universiti . Sampai situ , naik LRT pergi pasar seni . tambang RM1.60. Then , amek metro bus nombor 68 ke ioi city mall , RM3.50 . Tambang pergi sahaja RM6.10 per person. travel dari petaling jaya tu putrajaya okay , jauh jugak la so kiranya tambang ni harga paling murah termasuk dengan gst hahaha.

depan ioi city mall

Perjalanan dari UIA,PJ ke ioi city mall ni lebih kurang hampir 2 jam je. Ikut keadaan jugak , kalau tak jem , cepatlah sampai.  Setibanya di ioi city  mall , aku and kawan2 gi makan dulu dekat KFC . Kebetulan pergi time birthday kawan, dia teringin KFC so bawak la dia makan KFC . Then perut dah kenyang, baru la kitorang survey tempat floor by floor . Entah macam mana , terjumpa taman kecil ada kolam kat luar ioi mall . Eh cantik pulak, so memang sesuai jadi port untuk selfie , wefiee bagai.

bersama anak dinasour baru lahir! ahahaha

Next , dah berpanas-panasan kat luar mall , kami masuk balik dalam mall tu nak aircond punya pasal. HAHAHA memandangkan ioi city mall ni terkenal dengan ice skate , so kami pergi lawat icescape . dekat 3rd floor kalau tak silap. Seronok tengok orang main ice skate, aku teringin gak nak main tapi takde rezeki sebabnya aku berjubah!! omg , bayangkan berjubah main ice skate, dah la tak reti main . Hahahaha kena gelak je la aku kat tengah2 orang tu.

icescape! bersama penguin comel!

Dah puas perati orang main ice skate, kami pun sambung tawaf dalam mall tu . Singgah chat time , singgah baskin robins , singgah stall yg jual roti pratha (lupa nama) , singgah food junction , well actually kami ni banyak melaburkan duit kat makanan instead of shopping baju kasut bagai . Tak shopping pun ! beli makanan je banyak. HAHAHAHA betapa savingnya aku kat situ. Tak tengok wayang jugak , sebabnya tak berminat nak tengok . Tempat bowling pun ada, tapi tak main. Kami cari tempat karaoke , tapi takde . so , jimat duit dalam poket tak melayang banyak sgt. HAHAHA 
Around 5pm , kami pun gerak balik ke UIA , sebabnya hari dah lewat takut tak sempat nak smpai hostel. Lagipun dah penat tawaf and gemukkan badan , cari jodoh pun tak jumpa jodoh hahahaha. 

CARA NAK BALIK > kami ambil shuttle bus free pukul 5pm .  bus ni memang disediakan , tambangnya pulak free . Bus ni akan hantar terus ke KTM Serdang . nak dapatkan bus ni boleh pergi level P3 , turun je guna lift or esculator dalam mall . sampai KTM serdang , kami beli tiket balik Midvalley , tambang RM1.50 per person . sampai midvalley , kami naik metro bus nombor 12 , balik UIA, PJ , tambang bus RM2.00 . so total tambang balik RM3.50 je .. Murah & berbaloi ! kami sampai UIA dalam pukul 7pm macam tu. 

Finally , total tambang pergi and balik adalah .. RM9.60 per person . Yeyy ! tak lebih bajet RM10 pun , boleh travel dari petaling jaya ke putrajaya . Hihihi mission accomplished! ni baru dikatakan "travel kecil-kecilan" . Seronok , enjoy and menjimatkan ! hahaha

tawaf mall bertiga je!

That's all for now , hope next time boleh pergi tempat lain , tempat baru yg tak pernah jejak and kalau boleh lagi jauh . hihihi okay bye !

p.s : harga tambang mengikut peredaran masa ye! harga tambang yg tertulis tu masa 7/11/2015 . harga masa akan datang not sure naik or turun or still the same :)

Assalamualaikum

2 comments:

Shikin Razali said...

Saya pun penah pegi IOI city mall tapi kejap aje peginya..

Anonymous said...

seronoknya :-)