Karnival Kampungku

Assalamualaikum

Kali ni nak cerita sikit tentang karnival sulung yg diadakan di kampung aku. Kampung aku terletak di Ulu Tembeling, Jerantut, Pahang . Nama kampung aku, Kg Kuala Sat. Nama pun "ulu" so kampung aku ni terletak dibahagian pedalaman. Benda paling syok , nak balik kampung kena naik perahu :D lebih kurang 2jam lebih je . Sempat kematu la punggung hahahaha . 

jommm naik perahu beratap :D

Karnival yg diadakan tu dinamakan "Karnival Kampungku" yang dianjurkan oleh group whatsapp kampung aku sendiri , group ulu tembeling . See ! whatsapp bukan sekadar borak kosong, boleh jadi benda bermanfaat kalau pandai gunakan :D Karnival ni karnival sulung yang diadakan besar-besaran , kerjasama dengan PahangFM . Ada artis jugak datang seperti Haziq AF , Shikin dangdut and Herman Tino . Antara dj-dj Pahangfm pulak ialah DJ kak Anum dan DJ Abang Hezree . seriously , diorang sporting gile! suka dengar diorang conduct karnival guna loghat pahang hihihi

DJ-DJ PahangFM  . Abang Hezree dan Kak Anum :D

Sepanjang karnival tu , macam2 aktiviti diadakan .. ada banyak gerai2 dibuka , ceramah dari ustaz import dari jerantut feri (lupa nama) , lepastu ada diadakan permainan sukan darat & air . Nak cerita panjang pun tak best, bagi tengok gambar lah :D antara aktiviti2 yang diadakan bersama orang2 kampung.. 


lumba kaki gajah : permainan yg menggunakan
tempurung kelapa sebagai tapak kaki

main pukul bantal , siapa jatuh dulu dia kalah :P

lumba panjat tiang licin dalam masa terpantas ! kau berani? hahaha

lumba menyelam paling lama :D

tarik jangan tak tarik bang ! hahaha aktiviti tarik tali atas pasir

liga bola sepak antara team2 kampung 

pertandingan bola jaring antara team2 kampung . cepat kak!!

itulah sedikit sebanyak aktiviti yang ada :D ada banyak lagi aktiviti sebenarnya tapi takdapat nak upload semua , disebabkan ruangan entri yang tak cukup besar . nanti panjang lebar pulak entri ni. Karnival ni diadakan pada 16,17,18 Oktober yang lalu :D terima kasih dekat penduduk2 kampung yang sudi hadir ke karnival ni , buat julung kalinya.

Sekian , cukup setakat ini sahaja . semoga karnival2 sebegini akan diadakan lagi nanti :D seronok balik kampung , ada aktiviti camni ! ;)

Assalamualaikum

3 comments:

Zhi said...

wow .. this is so cool .. i need this so much in my kampung. .. LOL ..!

kakaktiricinderella said...

Wahhh bestnya... Kat tempat saya pulak terkenal dengan regatta / pesta air :)
Teringat masa kecik2 balik kampung pun pakai perahu (perahu bapak).. Jauh kalau guna jalan air... Dalam 4 jam macam tuu.. Sekarang dah ada jalan darat untuk ke sana. 1 jam jer pakai moto...
Betul2... WhatsApp bukan sekadar sembang2 kosong.. Hihi
Semoga aktiviti macam nie berterusan bagi mengekalkan perpaduan - KTC

Dalila Samsudin said...

besstnyaaaaaa . kalaulah ada kampung mcm tu kan best