Berakhirnya Semester 1

Assalamualaikum

   Alhamdulilah , maka berakhirlah semester pertama di CFS , rasanya dah boleh bernafas lega , ibarat melepaskan diri dari tersepit celah almari . hahahahha now tengah cuti sem , dah nak habis minggu kedua pun (23/10/2015), cuti 3 minggu je start 6/10 haritu . So , disebabkan ada waktu yg terluang , daripada terbuang mcm tu je lebih baik layan blog yg dah berkurun lamanya tak berusik . hahahaha terlalu sibuk tambahan internet kat cfs tak cukup laju mcm kilat xD hahahahaha so malas sangat nak on.

   Dikesempatan yg ada ni, nak jugak la cerita serba ringkas pasal hidup di CFSIIUM,PJ (but I prefer to call "UIA" pendek sikit sebut) sepanjang 5bulan . First of all , alhamdulillah berjaya tamatkan sem 1 dengan penuh drama . ketawa , menangis, frust, takde perasaan pun hadoo . hahahah Aku mulakan hidup aku jejak UIA ni pada 31/5/2015 . Yeahh masa tu perasaan bercampur baur , happy sedih excited takut semualah . This is my first time staying at hostel for a long period! Ya Tuhan , rasa nak masuk dalam perut mak balik hahahaha eh dah besar dah aku :P mujurlah petaling jaya dekat je dengan bentong,pahang , naik public transport (bus > lrt > teksi) lebih kurang 2 jam jelah . senang sikit nak balik rumah :D hihihi

   First day sampai tu , daftar diri dekat Al-Malik Faisal Hall . dewan paling femes kat CFS , hmpir segala program dianjurkan mana2 pihak buat kat dewan tu . budak2 CFS panggil "dewan AMF" . Dengan berjubah, bertudung putih , berkasut kulit hitam , sandang beg  , aku masuk dewan ambil resit bayaran yuran , kunci bilik , dapat sehelai t-shirt cfs warna hijau hitam , tudung cop cfs sehelai , taaruf file , and last amek gmbar utk kad matrik . Masa mula2 sampai tu , ramai gila makhluk Allah bertudung putih bagi kaum hawa and berbaju kemaja putih bagi kaum adam (wajib pakai sepanjang taaruf week) . Tapi sayangnya , aku sorang je orang bentong kat situ :'( takde geng , tak kenal sesape , tengok orang lain ada jugak teman setaman , sekampung, sedaerah , aku ni harap teman se-negeri je itupun aku tak kenal xD hahahaha ibarat orang asing datang Malaysia , kawan2 sekolah ramai tak dapat UIA , ada yg dapat pun tolak :( so dengan rasa takut plus berdebor , aku redah jelah hari pertama tanpa orang yg aku kenal.

   Next , dah amek kunci bilik , pergi la tengok bilik . Alhamdulillah , I got Mahallah Aisyah level 2 , room 227.  Ada la rasa sedih bila family tolong punggahkan barang2 aku bawak masuk bilik , lepastu diorang balik tinggal aku sesorang huwaaa hahahahaha . Dalam 1 bilik aku ada 6 ahli , masa ni ber-taaruf dengan kawan2 baru yakni roommate aku selama 5 bulan kat sini :D  Nasib aku bertuah , dapat roommates yang baik hati sangat2 plus satu kepala :D then , roommates aku semua datang dari jauh2 and aku punya sepasang kawan kembar Hiks , they were so cuteee!! . Shida from sabah , Kinah from Johor , Syasya from Kedah , Twins (Qilah & Dilah) from Perak . Gabungan hebat meletop kebabom gituuu . Memasing excited nak cerita pasal diri masing2 :* Yang paling best, aku merasa habiskan walau satu sem di mahallah Aisyah sebabnya mahallah ni akan ditutup buat selamanya :') dapat merasa duk kejap pun jadilah , atleast ada kenangan :') sedih sangat, favourite mahallah aku nak runtuh,hmm

bersama roommates berlatar belakangkan bangunan Mahallah Aisyah 2015
   Nak cerita hari demi hari alamat tak cukup satu entri , so cerita benda penting je. Days by days , aku lalui hidup di CFS sbgai seorang pelajar , Alhamdulillah everything going smoothly . sikit2 problem tu biasalah , assignment, presentation, oral speaking... Tak pelajar la kalau tak lalui semua tu . What a surprise is , I can learn arabic language just for 4-5months then I attend for Syafawi . bercakap arab depan ustazah walaupun mcm budak darjah 1 . Alhamdulillah , rasa itulah pencapaian paling besar untuk sem 1 ni. sebabnya aku tak pernah amek arab seumur hidup aku ! mujurlah tadika aku masuk tadika islam , kenal la sikit2 perkataan arab tu walaupun aku dah lupa maksudnya apa HAHAHA . atleast , dah ada lekat sikit perkataan2 arab dalam kepala , In Shaa Allah walaupun level 1 je pun . hahahahha Tambahan pula , subjek RKA (Islam & others religion) ni subjek favourite aku walaupun bahasa yg digunakan english language high levei, Nak kena bukak kamus baca buku dia. Aku suka subjek tu , aku suka madam yang ajar aku tu , subjek ni dedahkan aku pada agama2 islam , hindu, buddha and kristian dengan lebih mendalam. atleast ada sikit ilmu pasal agama lain ;) dan ketahuilah sesungguhnya agama paling banyak tuhan adalah agama hindu! penat dok hafal nama tuhan , takut tertukar and terkeluar nama baru dalam exam. HAHAHA

   Apa yang best duk UIA , suasana dia terdedah dengan budaya ISLAM , seriously , dari cara berpakaian , cara percakapan , kebanyakkannya sopan dan alhamdulillah setakat ni tak jumpa hat yang otak terputus wayar , lelaki rambut punk , perempuan seksi tak cukup kain apa semua tu takde lagi dalam kampus. Malah pernah sehari waktu bulan puasa aku gi terawih dgn seorang sahabat roommate, 80% student yg datang masjid awal baca Quran kecil yg dibawa bersama sementara tunggu waktu isyak . Aku tersentuh hati masa tu :') first time aku tengok seramai itu pegang Quran , penuh khusyuk membaca. Maklumlah aku datang dari sekolah harian , sekolah bercampur agama dan bangsa , bab2 Islamik kurang pengaruhnya . Ya Allah , terima kasih masukkan aku ke tempat yg selalu ingatkan aku padaMu , yang selalu dekatkan aku padaMu agar aku tak leka, Kau pertemukan aku dengan orang2 yg mampu tunjuk bimbing latih diri aku supaya sentiasa ingat pada agamaMu :')

Lastly , In Shaa Allah I will finish my foundation for one and half year. takpelah lambat2 , takut jugak cepat2 satgi takleh catch up study . Semoga hati aku cukup tabah untuk habiskan asasi ni . Kadang2 ada rasa nak berhenti belajar , nak kawen terus hanya kerana masalah yg dilalui tak dapat ditangani dengan jiwa yg tenang HAHAHA , eh kawen konon , calon pun takde -_- Bismillah , semoga panjang umur , ada rezeki nak amek degree di kampus Gombak (main campus) nanti , amin


Salam sayang dari yang penat menaip :P hehehe

1 comment:

MatWan said...

gud luck in cfs sis.. feel free to ask if u wanna know about HS or IIUM.. :D May Allah ease your journey there..