Back To School!



school reunion of Sky High Girls School
Assalamualaikum

     Bila sebut pasal sekolah, mesti teringat kawan-kawan lama.. teringat kelas2 yang pernah diduduki.. teringat cikgu-cikgu yang banyak membantu.. teringat denda2 tak siapkan homework.. eh? hahahah rasa macam baru lagi tinggalkan sekolah, dah nak masuk 2 tahun rupanya tak jejak kaki kat sekolah tu :P btw

      So disebabkan nak buat sesi throwback kononnya, kite and teammates pilih tema "School Reunion" untuk assesment public speaking for special occasion. Eh ni bukan school reunion sesama kawan sekolah tauu... memain je :P Nasib baik pilih tema ni, rasa enjoy jugaklah nak buat! Bila kita buat sesuatu dengan senang hati, kita akan rasa urusan kita tu mudah. Betul tak? hewhew.
 
      Nak dijadikan cerita, dalam assesment ni, setiap ahli kumpulan kena bagi speech. Dah nama pun public speaking class, bercakap jelah assesment kite. Setiap orang play different role. Ada group2 lain buat pasal pengebumian, pasal Miss Asian 2016, pasal Sport day and last kitorang punya group.. School Reunion. Dalam group kite; first kitorang decide nama skolah.. "Sky High Girls School". haaa cliche sangat kan, nama nak gempak je hahahaha. memandangkan semua ahli kitorang perempuan, so tu yg letak girls school konon2 la. Yang jadi pengetua,Izyan.. Aiza sebagai head prefect yang skrg dah jadi lawyer. Kamalia sebagai best academic student yang dah jadi bisneswoman berjaya.. Farisha sebagai best sport student.yang dah jadi atlet tenis muslimah no 1 dunia. Amira sebagai student yg bermasalah time skolah tapi turns to be one of successful person which is jadi ahli psikologist. And last, aku jadi Emcee untuk event school reunion tu kekonon masa tu pekerjaan aku newsreader kat CNN. hahahaha propa betul.

     Di hari kejadian, alhamdulillah everything going well! sebabkan aku jadi MC, so aku la yang banyak cakap. at first, gugup gak la, nervous punya pasal. Pastu bila tengok sir Jefri senyum, aku rasa tenang sikit :P kikikiki selalu dia observe student muka serius gila nak mateyyy. Mungkin sebab mood dia baik kot time tu, maklumlah hari keesokkanya birthday dia. Nyanyi la birthday song kat dia dalam kelas... Happy birthday sir! hahaha

     Okay cukuplah tu. Jom tengok gambar :D enjoy!

my public speaking classmates section 803

with sir jefri. huhuhu

teammates ! :D

hai farisha and am!

       Oh btw, kitorang tebalkan muka je berlegar-legar dalam UIA pakai baju sekolah. pergi kooperasi, akak tu tegur "eh budak sekolah mana ni?" hahahaha pastu gi cafe untuk makan, semua macam pandang pelik. Lantak lah hewhew . Bukan selalu dapat peluang pakai baju sekolah kan :) pape pun, korang simpan lagi tak baju sekolah? kalau simpan , baguslah . buat kenangan weh! sekali seumur hidup je pakai baju sekolah ni. Dah masuk u , pening kepala nak pikir pakai baju apa, tudung apa, colour warna apa setiap hari nak ke kelas. Zaman sekolah, everything being organized. Heaven gak la kadang2 ada peraturan camtu. hmm Rindu sekolah :P

        Okaylah. Tu je nak citer untuk entri kali ni. Jumpa lagi nanti!

Assalamualaikum.

Al-Fatihah..

Assalamualaikum

    Alhamdulillah, masih diberi umur yang panjang, masa terluang untuk update blog. Lama dah tak update blog since last entry bulan May haritu. Kali ni nak cerita pasal arwah wan(nenek).

wan yang hujung belah kanan. gambar raya haji 2015


    Masa cuti sem ketiga haritu, tak jangka akan balik kampung sebab plan memang nak balik waktu raya aidilfitri je bulan 7 tu. Tapi, pada suatu hari,.. hari sabtu,waktu tengah hari, dapat panggilan dari pakngah cakap wan jatuh bilik air. Mata terpejam, taknak bukak, badan tak bergerak. Allahuakbar! berderauu darah mendengarnya. Masa tu tengah makan nasi, terus tak lalu nak makan. Mak dah mula resah, dah mula nangis, susah hati! dalam waktu tengah hari tu jugak, mak ajak kitorang (adik bradik) balik kampung. 

     Dipendekkan cerita, sampai kampung dah waktu maghrib. Masuk je rumah, nampak wan terlantar baring dekat atas toto. Mata memang memejam, kite tanya wan "wan, kenapa wan pejam mata? cuba bukak tengok akak(panggilan kat rumah)" . Wan cuma diam je. Lepastu tanya pakngah, apa dah jadi.. pakngah pokde, cerita wan jatuh bilik air masa tengah hari, tersungkur dekat lantai. Nampak luka kat kaki belah kiri wan, nampak benjol kat muka, lebam kaki tangan. Kite sentuh luka kaki belah kiri, wan tak rasa pape, wan tak mengadu sakit. Rupanya nurse bagitau anggota belah kiri dia tak berfungsi dah. Allah, rasa sedih sangat, rasa sayu betul hati. Pegang tangan kiri wan, pastu cuba lepaskan . Wan tak bagi respon pun. Tangan dia lembik :'( 

     So minggu pertama jaga wan, alhamdulillah semua okay. Siap jemput tukang urut datang urut badan wan, dengan harapan tangan kaki lumpuh tu boleh pulih semula. Masa ni kite dengan mak and adik kecik je jaga wan. Sebab abah kena balik, cuti tak lama. Angah pulak waktu tu musim sekolah, takleh ponteng. Mak , pakngah, pokde jaga wan waktu malam. Kite waktu siang jaga wan, duduk dekat dengan wan. Mandikan wan, suapkan makan, ajak wan borak dengan kite, walaupun wan kurang bercakap. Sedih sangat tengok wan terlantar baring camtu, tapi kitorang satu family usaha jugak bagi semangat kat wan, tak putus-putus. "wan kena makan, biar sihat" "wan mandi tau, biar wangi-wangi". Bila waktu siang, selalu angkat wan atas kerusi malas biar belakang badan wan takde la panas sangat sebab rumah kat kampung tu waktu siang panas gila. Baring atas tilam, badan jadi beruap. Wan mesti tak selesa tu yang letak atas kerusi malas. Hmm tak seronok balik kali ni sebab kali terakhir jumpa wan , bulan 9 tahun lepas, waktu dia tengah segar lagi. 8 bulan tak jumpa wan, pastu ni jumpa tengok wan dah macam tu. Tak sanggup nak tengok :'( dah tak seronok balik kampung kali ni sebab dah takde orang nak dengar cerita kite, takde orang nak mengusik kite, takde orang nak nasihat kite. 

    Masuk minggu kedua, dah nampak sikit positif feedback dari wan. Kaki kiri dah mula bagi tindak balas, mata pun dah tak memejam 24jam. Cuma wan salah jadual waktu tidur.. Malam dia berjaga, siang dia tidur. waktu maghrib tu la paling waktu dia suka sangat tidur. Kita cuba hiburkan dia, tak bagi dia tidur. Ajak dia borak, and selalu lepas solat.. bacakan yasin, bacakan ayat2 quran untuk wan . Mana tahu, dengan mendengar ayat quran, wan makin cepat sembuh. Harapan besar betul nak tengok wan sihat macam sediakala. Wan dah ada selera nak makan bubur nasi. Wan cuma boleh makan benda lembut2 sebab dia takleh nak ngunyah benda keras. Pastu bagi minum milo, biar ada tenaga. Bagi minum nestum la, pastu urut badan dengan minyak urut/minyak panas/ ubat gamat .. Haa wan selalu ngadu dia sakit kat ulu hati, pastu selalu ngadu sakit kepala. Kitorang ingat dia ada darah tinggi sebab jatuh pastu mcm kena strok. Tapi doktor cakap, darah tinggi dia normal. Cuma waktu dia jatuh tu je darah tinggi naik sikit sebab terkejut agaknya. Pastu kolestrol ke apa semua normal. Hmm dah macam cara kitorang cuba usahakan , mandi berserung la (mandian daun herba), siap panggil bangla yg kerja kontraktor tu urutkan wan dengan minyak unta pebenda entah. Btw pakcik bangla tu kitorang pggil Uncle Abu. Dia baik sangat, ilmu agama dia tinggi, penghafal Quran. Kite ni judgemental sangat asal bangla je, ejek. Actually, diorang ni baik, Uncle Abu tu la yang tlong urutkan wan, bagi tips mandikan wan dengan air suam campur daun limau purut. Melancarkan darah katanya. 

     Masuk minggu ketiga, hari sabtu.. angah balik kampung sebab cuti sekolah pertengahan tahun dah start. So dia balik, nak jaga wan. Macam hari-hari sebelum ni, kitorang jaga elok2. Isnin, Selasa, Rabu .. Dia lalu makan, kaki dia dah mula gerak2, dah mula banyak borak, siap bergurau time kitorang mandikan dia. Memang positif sungguh la 3-4hari tu. Siap cerita pasal Sang Kelembai tu orang asli yang kawen dengan anak raja , and disumpah menjadi batu. (taktau dongeng ke betul). Wan cakap batu kelembai tu masih ada dekat dengan area lubuk kelembai (sungai ulu tembeling) , lubuk tempat dia menjala ikan. Pastu, ada satu petang tinggal kite, angah dengan wan je. Sebab mak keluar pergi cari telur kampung untuk buat jampi wan. Kitorang ni punya bosan, taktau nak buat apa.. Kite amek tafsiran Quran, baca la surah2 juz amma' kat sebelah wan, siap baca terjemahan, pastu amek iktibar dari ayat2 Quran. Alhamdulillah masa dengan wan terisi dengan perkara berfaedah. Oh YA ! dalam minggu ni, wan asyik mintak telekung sejadah pada kite. Kite sampai dah taktau nak cakap kat wan macam mana, yang wan tak boleh solat. kite tak reti ajar solat dalam hati. sebab wan takleh gerak kaki tangan, mata pun asyik memejam. Bukan nak celik. Hmm Ni menyesal sungguh tak bagi wan pegang telekung dia even sekali, sebab tu benda yang paling dia nak sangat :'(

    Hari rabu, minggu ketiga. Malam tu, dia dah start takleh tidur. seolah-olah dia takut, sebab kejap2 dia panggil nama mak,dia panggil nama pokde. Memang tak tidur langsung waktu malam. Pastu dia asyik cakap bukan2, dia nampak orang besar. Pastu dia kata nampak ramai orang depan dia. Ya Allah, taktau la apa maksud wan tu. Pagi jumaat, ada sedara datang melawat wan. Dia tegur muka wan nampak pucat, pastu kite cakaplah wan tak tidur langsung waktu malam. Kita dah start tak sedap hati. Khamis malam jumaat .. Jumaat malam sabtu.. pun sama, wan langsung taknak tidur. Kejap2 dia panggil nama orang, padahal kitorang memang tidur sebelah dia, tidur sekelambu lagi. Dia ngadu suruh picit lengan dia, picit kaki dia.. Kita tiap2 pukul 4 pagi sampai la waktu subuh.. Memang duduk sebelah wan, siap dodoikan wan dengan zikir2 tasbih suruh wan lena tidur. kite banyak kali cakap "wan tidur la. waktu malam lagi ni. semua orang dah tido" . tapi still wan taknak tidur. Dia cakap nampak orang besar la,.. haa , masa pagi jumaat.. dia cakap dia nampak kucing hitam dekat hujung pintu bilik , padahal takde! Allah, Seram sejuk oii ! mana ada sesiapa melainkan kite yang berjaga sebelah dia. Duduk berdua dengan dia kot. tapi nak sedapkan hati cakap "oh tu mesti si hitam (kucing kat rumah) dia main2 kejar biawak agaknya" . Padahal , bayang2 si hitam pun takde kat situ.  

    Pagi sabtu, sekali lagi aku dibiarkan berdua dengan wan. Macam biasa, aku pergi panaskan bubur.. Buatkan air milo.. sediakan secawan air masak dengan sudu. Pastu tanya wan "wan nak makan bubur tak?" . wan cakap "taknak" . pastu kite cakap "tapi akak dah amekkan bubur ni. sedap wan" . Pastu wan baru nak makan. suap 4-5 sudu, pastu bagi minum milo .. terus dah wan taknak makan. Kebetulan ada jiran sebelah rumah datang melawat. Diorang tegur wan nampak pucat, kite cakap wan dah 3 malam tak tidur. Dan tiba-tiba.. wan tanya aku "kakak bukit apa tu, tinggi bukit" .. pastu aku cakap "eh wan! kite dalam rumah ni. mana ada bukit. takde bukit la wan" .. pastu wan kata "yeee ada bukit.. tu bukit tu" :'( uishh seram betul. mana pulak datang bukit dalam rumah??!! Then kite kejutkan mak and angah yang tidur lepas subuh sebab diorang tak tidur semalaman jaga wan. Pastu macam biasa mak layan tetamu.

     Tengah hari sabtu, kitorang tinggalkan wan dengan aki berdua kat bilik. Aki urut2 tangan, urut2 kaki. memang relationship goals la sebab aki tak pernah tinggalkan wan sorang2 , memang dia akan jaga wan siang malam. So kitorang amek kesempatan masak kat dapur. Siap makan la, berselera betul masing2 makan . ada sambal tumis tempoyak petai. fuhhh, makan nasi bertambah! tiba-tiba semua orang macam berselera gila nak makan. Tibalah waktu zohor , kitorang gi solat zohor bergilir sebab jaga wan. Then mak siap solat, mak duduk dekat dengan wan. Mak pangku wan , sebab tengok wan macam lenguh terbaring so kitorang dudukkan, bersandar pada mak. At first, everything seems normal. Sebabnya aku boleh tinggalkan mak berdua dengan wan je. Aku gi teman adik aku tengok tv , kartun Toy Story tv2.  Ada tetamu datang, pastu aku gi buat air then bawak masuk bilik . Aku tengok mak aku dah start nangis, wan dah macam orang semput teruk . mak tanya wan "mak bernafas ikut mulut ke ikut hidung?" , pastu wan cakap "hidung".. Dah lain macam dah! tetamu time tu (tak ingat nama) , makcik tu mintak mak letak wan , baringkan wan. Pastu mak tak sampai hati tengok wan semput teruk.. padahal selama ni wan mana pernah ada semput. Mak ingat nak bawak wan pergi klinik utama kat kampung bantal (nama kampung) , tapi macam tak sempat je. Mak letak je wan atas bantal ... pastu mak suruh aku amek wuduk , pakai telekung, baca Yasin sebelah wan.. Rupanya itu saat-saat nazak wan :'( 

     Sambil baca yasin, aku pegang tangan wan.. Sejuk sangat! makin lama nafas wan makin perlahan.. Dan akhirnya wan hembuskan nafas terakhir masa aku dipertengahan ayat surah yasin. tak sempat habiskan bacaan yasin pertama pun.. Aku masa tu macam orang bodoh.. aku tanya mak "mak, wan tido ke?" sebab wan nampak tenang sangat :') macam hari2 sebelum ni, aku bacakan yasin.. wan tido... rupanya TAK! wan dah takde :") mak peluk aku, pakngah urut bahu aku.. dia cakap "sabar eh kak. wan dah takde dah. wan dah pergi"  :'( Allah , bacaan yasin aku dah tak betul. rasa gugur jantung aku. rasa gelap kejap dunia. Sekelip mata wan pergi tinggalkan kakak. terlepas genggaman tangan wan dari kakak. :') Kakak rindu wan sangat! So, sempat 2 kali baca yasin kat wan masa wan baru pergi tu.. lepastu masa family uruskan hal2 kafan , pengebumian wan.. aku duduk sebelah wan, tunggu wan.. Baca yasin 3 kali sebelah wan.. dengan air mata memang tak berhenti mengalir , bengkak teruk la mata. Aku ingat nak baca yasin kali keempat, lepastu dah tak sanggup tengok sebab ada sorang kawan wan gantikan kain batik yg tutup wan dengan kain kafan putih . katanya kain batik tebal, panas.. so ganti dengan kain kafan. Kesian wan , rasa tak sanggup tengok kain kafan putih wan. Akak tak sanggup :'( akak keluar dari bilik, akak duduk luar rumah. amek wuduk banyak kali, biar tenangkan hati,, pastu baru masuk semula duduk dekat ngan wan.

     Akak nak mandikan wan, tapi akak terpaksa jaga adik , si ecah. dia taknak berenggang dengan akak.. so akak sempat jirus air dekat kaki wan je. Takpelah, akak dah puas mandikan wan masa wan hidup dulu. Pastu akak tengok wan dikafankan, Ya Allah cepat je wan pakai baju semua. Allah permudahkan urusan wan. Alhamdulillah. pastu wan disembahyangkan , akak amek masa untuk solat asar jap. sebab akak baru ingat akak tak solat asar lagi. Lepastu wan dibawa keluar dari rumah, wan diusung orang kampung. Hingga tibalah ke kubur. Wan , akak tak sanggup tengok wan ditimbus dalam tanah. Akak duduk jauh dari tempat kubur wan.. Lepastu dengar orang bacakan talkin.. Allah , sebak betul hati masa tu. tapi orang cakap kat kubur tak baik nangis.. Akak tak nangis wan, akak dah redha. Akak tau wan dah penat tanggung sakit, so akak tau wan dah berehat kat sana. sampai la selesai pengebumian..

     Akak balik rumah ..Rumah sunyi sangat! itulah suasana paling sunyi pernah akak lalui.. Rasa hilang satu cahaya dalam rumah.. Gelap! dunia akak gelap kejap wan. tengok tempat tidur wan, wan takde kat situ. pergi dapur, tengok ada bubur yg akak belajar masak khas untuk wan :'( akak tak sanggup nak buang wan! cawan milo wan, dengan sudu masih ada lagi kat tepi tmpat tidur wan. Rindu kat wan walaupun baru sekejap wan pergi.. Malam tu, buat bacaan tahlil untuk wan. Selesai majlis, kami satu family tak boleh tidur . teringat kat arwah wan, terasa dia masih ada dalam rumah tu..


    Al-fatihah untuk arwah wan. 4 June 2016 bersamaan 28 Syaaban 1437H . Ye wan, wan tinggalkan kakak berpuasa , beraya tanpa wan tahun ni :') akak rindu sangat kat wan. Semoga wan ditempatkan dikalangan orang beriman. Amin Ya Rabb. aku kehilangan salah seorang yang paling rapat dengan aku. Tempat aku kongsi cerita segalanya. Hargailah mereka selagi mereka masih ada dengan kita. Moga orang kita sayang sentiasa dipanjangkan umur :') amin..


End of Semester 3

Assalamualaikum

Alhamdulillah, masih diberi akal yang cerdas untuk mencurahkan idea kat blog. Hihi tanpa buang masa, kali ni nak cerita pasal semester 3 di CFSIIUM,Petaling Jaya. Baru je berakhir 10/5/2016. Setiap sem mesti ada jalan kisahnya tersendiri, cuma kisah sem 3 ni unik sikit. Terlalu banyak air mata mengalir, terlalu banyak masa tidur dikorbankan, terlalu banyak waktu lapang dicuri. Hahaha tulaa , masa sem 1 and 2, santai sangat. Masuk sem 3, baru nampak realiti kehidupan sbgai pelajar universiti. lol 

Nak dijadikan cerita, sebelum masuk semester 3.. minggu terakhir cuti semester dapat tahu yang aku tak sebilik dengan rumets lama. MasyaAllah ,waktu malam sehari sebelum balik uia tu, aku dah nangis bengkak mata. 2 semester aku hidup dengan rumet lama aku, tiba kena berpisah. hmm Masa pagi family hantar balik uia, tu memang sepanjang jalan tahan sebak dalam kereta. Aku banyak diamkan diri sampai mak cakap "eh kakak ni mcm first time masuk u pulak, sedih je" . huwaa mana taknya, berdebar kot siapalah rumet baru aku, selesa ke tak aku dengan diorang. banyak benda fikir, sebab bukan senang nak buat kawan baru. Sampai2 uia, pergi office amek kunci bilik, dapat mahallah zainab block B, level 4, room 401. Gigih jugaklah panjat tingkat 4! kesian kat abah , kena angkat baggage berat2 . aku pun bawak barang macam takkan balik rumah dah hahahaha  risau la takut tak cukup barang, malas la nak kongsi barang dengan rumet memandang rumet baru kan. Kita bukan kenal lagi. Secara ringkasnya, dah settle punggah barang ke bilik aku pun start berkenalan dngan rumet baru. Bilik tu muat untuk 4 orang , so the first person aku kenal ialah Emi. Dia cakaplah dia budak bio science, sebaya, tinggal area KL. then dia cakap, lagi 2 orang tu rumet dia. Ya Allah, dah start rasa sebak! maksudnya sebelum ni diorang pernah tinggal sebilik, aku je ahli baru bilik tu. huwaaa , diorang mesti rapat sedangkan aku baru nak biasakan diri. then aku berkenalan dengan 2 orang lagi, si Aina and Iffah. Lagi tambah hiba bila dapat tau diorang semua budak bio science, aku sorang aliran arts dalam bilik. Rasa kecik sangat diri! hmm aku dah taktahan rasa nak nangis tu, last2 aku call syasya cakap nak gathering dengan dia and rumet lama aku si twin, shida and am. Petang waktu first day smpai uia tu, aku jumpa diorang then menangis depan diorang. Aku cakaplah aku rindu, aku tak selesa dengan rumet baru, yeah maybe it takes time but I feel not comfortable. aku nak rumet lama aku balik :'( huwaa mujur diorang ada tenangkan aku. Aku kena kuat :') 

rumet sebulan di mahallah zainab

rumet 4 bulan di mahallah fatimah az-zahra

Day by day, aku hampir tiap2 malam nangis sebab rindu rumet lama and tiap2 minggu jugak aku balik rumah setiap weekends. Aku macam tak boleh duduk dalam bilik tu, ada satu perasaan sedih,sayu mcm takleh terima kenyataan aku berpisah dengan rumets lama. So, sampai satu masa, au decide tidur bilik syasya. 2 minggu jugak la kongsi katil ngan syasya, kat mahallah khadijah level 3. Rajin ulang alik dari mahallah zainab ke mahallah khadijah. Hahah sambil tu, aku usaha tiap2 hari gi ofis mintak tukar mahallah and nak duduk sebilik dengan syasya. kebetulan bilik tu ada satu kosong. Tapi permintaan aku ditolak banyak kali sampailah sebulan kemudian, akhirnya aku dapat duduk sebilik dengan rumets lama aku semula iaitu syasya, am dan twinnies. Kebetulan waktu tu, mahallah fatimah ada buka tempahan bilik kosong , so dapat lah kami 1 bilik even tingkat 4 jugak. Pheww, masih terbayang rasa penat punggah barang dari tingkat 4 zainab ke tingkat 4 fatimah. nak nangis je rasa angkut beban berat! pengalaman pahit sebab kena tebalkan muka merayu kat ofis spnjang 2-3minggu tu. pengalaman manis bila dapat kumpul dgn rumets lama balik hihi. Btw, makcik ofis sangat garang! kalau takde urusan penting, takpayah la gedik masuk ofis. Confirm kena sound free2 je. 

Awal2 sem dah nangis, itu baru isu bilik. Belum lagi isu subjects and assignments. Sem kali ni aku amek 6 subjek. Rasa nak pecah jugaklah otak and ada subjek yang buatkan aku pecah rekod malam tidur pukul 2pagi nak siapkan! Kalau nak tau, aku orang paling awal tidur dalam bilik, smpaikan rumets panggil aku budak kecik sbb aku memang jenis tidur awal pukul 9malam camtu. Tapi sem 3 kali ni, dah ubah timing tidur aku! ini semua kerana assignment research yang kena baca article journal 7-8pages , then assignment statistics guna IBM SPSS. Sumpah la serik, aku doa sangat tak repeat mana2 paper subjek sem 3. PENAT! terlalu banyak kerja kena buat :/ Oh ya, subjek ilmu wahyu (islamic revealed knowledge) pun banyak kerja jugak. Assignment banyak kali kena reject, sebab lecturer jenis strict plus cerewet. Tapi bagus sebenarnya dapat lecturer tu, Dr Alizaman. Dia ajar kitorang cara buat assigment yg sebenar style budak degree buat. Dia cakap, bukan tujuan utk menyusahkan tapi utk biasakan diri dengan format mcm tu. Takdelah time degree banyak buat salah. Terima kasih Sir,saya bersyukur dapat belajar dgn sir walaupun sir cakap expresi muka saya macam tak suka kat sir. HAHAHA tak baik tau, saya suka la belajar dgn sir. Selain itu, aku adore sangat lecturer statistics aku , Mdm Rahimah. walaupun aku tak suka subjek tu, tapi sebabkan aku respect madam, aku tak pernah miss any class dia. Madam suka mulakan kelas dengan bagi tazkirah, kesedaran diri. Salah satu kata2 dia yg aku ingat "kalau nak jadi manusia yg hebat, kena lalui banyak cabaran dan kesusahan. Ibarat permata yang kena kikis bentuknya, gilap kasi kilat, barulah cantik permata tu dan akan jadi bernilai" . lebih kurang camtu la maksudnya. I wish I could be a teacher like her one fine day. Amin

research skills class with madam asmiza

statistics class with madam rahimah

thinking skill class with xifu nasser :)

Last but not least, isu peperiksaan.Sesungguhnya aku kena banyak buat buat solat taubat, kena banyak muhasabah diri sebab dari midterm exam sampai la final exam, aku rasa kelaut dah . tenggelam jauh ke dasar lautan pointer aku. Carry marks subjects aku pun sikit, sebab aku terlampau banyak memain agaknya. Hmm nak kata enjoy sangat tu takde la sangat, tapi mungkin sbb aku stress plus tak berapa pandai nak handle diri sangat dalam keadaan yang semua benda datang at one time, so pelajaran aku sikit down. even tak keluar result lagi, tapi aku dah ada instinct pointer takkan capai 3.5 huwaaa tambah pulak aku fokus persediaan nak masuk IPG lebih dari fokus pada uia. Aku memang letak harapan tinggi dekat IPG , dah 2 kali aku cuba. Ya Allah permudahkan la. Pray for me. hmm jangan jadi yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran sudahlah. Risau sebab ada 2 perkara penting aku kena handle dalam 1 masa. its hard for me actually. 

Apa pun, setiap cabaran dan kesusahan itulah yang menguatkan dan mematangkan diri. Terima Kasih Allah, Kau kuatkan aku dari awal sehinggalah ke penghujungnya. Alhamdulillah , my hectic sem already finish! boleh la letak kepala ke bantal dengan fikiran yang tenang, hati yang lapang. huhuhu selamat berehat wahai diri! cuti sebulan lebih ni 10/5/2016-19/6/2016. Hadiah untuk diri agaknya tiba2 uia extend waktu cuti so tahun ni sempatlah puasa dirumah dengan family :') yeyyy ! tahun lepas langsung tak sempat. Emm sedih gaklah dah jadi anak rantau ni. Berpisah dengan family tu perkara biasa. okay la, till we meet again on next entry ;)

Assalamualaikum


UKCG 2016

Assalamualaikum 

Alhamdulillah, ada jugak masa terluang untuk blog kali ni. Lama tak update blog, almaklumlah busy and dah tak mcm dulu2 duduk rumah ada wifi. Sekarang duduk hostel, wifi kampus pun tak laju sangat.

IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan , Kuala Lipis.

Kali ni cuma nak cerita tentang UKCG 2016 (Ujian Kelayakan Calon Guru). Alhamdulilah, haritu dalam bulan March ada apply PISMP (Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan) and tak sangka ada rezeki dapat pergi UKCG tu. Sebenarnya ni kali kedua kite mintak sebab memang minat sangat nak jadi cikgu! Ya Allah berilah aku satu tempat di IPG. Ada juga kawan-kawan tanya tak rugi ke mintak sebab kite dah semester 3 asasi UIA , tinggal lagi 1 semester je nak habis asasi. Personally, memang la ada rasa berat hati nak tinggalkan asasi IF dapat IPG, tapi dah disebabkan minat nak jadi cikgu tu so kita ambil la risiko. Kalau tak minat, takde maknanya nak apply lagi sekali kan? hihi

Nak dijadikan cerita, kite ambil ujian tu dekat IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan, Kuala Lipis, Pahang. Tarikh ujian tu 14 April 2016. Kite and family gerak sebelum subuh dari rumah dalam kul 5pagi camtu and sampai sana dalam pukul 6.40pagi . Boleh dikatakan dekat jugaklah Bentong ke Kuala Lipis tu.

Masa sampai dekat sana, kitorang pergi surau untuk solat , then cari tempat untuk ujian bertulis and ujian kecergasan fizikal. UKCG ni ada dua ujian tau.Firstly, Ujian bertulis ni buat dekat dewan IPG yang cuma ambil masa 45minit untuk menjawab. Ujian bertulis ni ada 2 bahagian.

Bahagian A - 135 soalan (30min) - soalan melibatkan situasi/tindakan kita sebagai guru.
Contoh : Jika murid datang lewat ke kelas , apakah yang patut anda lakukan sebagai seorang guru
Jawapan :  A- mencatat nama dalam rekod pelajar
                 B- mendendanya tanpa sebarang soalan

Bahagian B - 55 soalan (15min) - soalan melibatkan emosi/perasaan diri
Contoh : Anda merasakan hidup anda sudah tidak bermakna lagi
Jawapan : A. TBSS    B.TB   C.SB  D.SBS 
*TBS - Tidak benar sama sekali *TB - tidak benar *SB- Sangat Benar *SBS - Sangat benar sama sekali 
Soalan dia memang menguji minda hahaha, tak logik pun ada tapi jawab jelah dengan hati yang ikhlas. Sebab setiap soalan ada peratus, taktau la mcm mana dia kira. So kita tawakkal lepas dah habis jawab!

Secondly, Ujian Kecergasan Fizikal.  Ujian ni perlukan stamina yang kuat tau sebab dia ada 5 stations. Kitorang dibawa ke tempat gym IPG tu , and kat situ seriously panas. hahahaha

Station pertama - BMI Test (Body Mass Index) [15 markah]

station ni cuma nak tau berat and tinggi kite je, pastu kira bmi. Kalau bmi kite normal, dapat full mark. Kalau obes or tak normal , dia akan tolak markah. So jagalah berat anda yee :P lhamdulillah station ni dpt full marks!

Station kedua - Push Up [15 markah]

Push up lelaki dan perempuan beza tau! nasib baik sebelum kite mulakan segala ujian kecergasan , cikgu dekat situ ada tunjuk video cara2 melepasi setiap station and untuk dapatkan full mark.
kalau lelaki , push up sampai 40kali baru dapat full mark . kalau perempuan, push up 30kali. Station ni kite buat smpai 20kali je so dpt 12marks.

Station ketiga - Bangkit tubi bervariasi (sit up) [15markah]

station ni ada 5 variasi sit up , takpe nanti ada facilitator yang akan tunjuk demo buat setiap sit up tu. Kite akan dapat 5 markah untuk setiap variasi. and Alhamdulillah kite dapat full marks lepas kite bodek cikgu kat situ utk pijak hujung kaki masa buat variasi ke-5 . susah kot tapi nasib lepas! hihihi masa percubaan pertama ukcg dulu , sit up langsung tak lepas. nampaknya dh improve:p

Station ke-4 - lunjurkan kaki then hujung jari tangan kena sentuh hujung jari kaki [15markah]

alamak tak ingat la specific name dia apa?! hmm tapi masa kita buat tu nanti, kite akan tolak something and benda tu akan jadi pengukur jarak sejauh mana kita boleh lenturkan badan. Tujuan buat benda ni , nak tengok tahap fleksibility badan kite. OMG sbbkan kite tangan pendek , tak dapat full mark. 9marks je. Alhamdulillah atleast ada jugak.

Station kelima - Bleep test! [40markah]

yeahh station paling kuat menguji stamina! station ni, kite kena lari ulang alik . Semakin tinggi level, semakin cepat waktu larian kena buat. untuk station ni, ada sorang brother tu buat sampai level 7.7. dasyat gilaa! setiap level ada 8/9 kali ulang alik. contoh mcm level 1.1 , 1.2, 1.3, 1.4 sampai la 1.9 pastu masuk level 2.1 , 2.2 and etc. Facilitator yang jaga kita tu ckp perempuan kalau nak lulus buat smpai 3.1 pun okay dah. hihihi so kite buat smpai 3.2 , lebih 1 larian sikit je. Nak selamat katakan. Yang ni kite taktau markah dapat berapa sbb borang tu , faci tu terus pegang and submit. Tak sempat nak tengok! Apa pun , lari la selagi mampu kat station ni . Lagi tinggi level, lagi banyak markah!

Alhamdulillah , selesai kelima-lima station dalam pukul 1 tengah hari mcm tu. Lapar gila sbb tak breakfast pagi tu and penat gila + sakit2 badan tu tak dapat dibayangkan .hahahaha ni la padahnya kalau tak training awal2. Lagipun tak expect akan dapat and malas nak berharap memandangkan ni kali kedua cuba mintak.. hihihi

Last but not least, ukcg kali ni lagi seronok daripada masa first try tahun lepas (2015) . sebab kali ni mintak kat negeri kelahiran sendiri, which is Pahang so dapat kenal junior-junior yang friendly and banyak tanya! hahahaha mentang2 kita tua setahun, macam2 depa tanya pasal universiti. Btw ni advantage tua setahun , senang nak check name kat checklist . Spot je ic number 97 , sikit jee yg mintak. Majority tahun 98. Seronok laa dapat kenal loghat pahang, lain daerah lain cara cakap! comel jeee. hahahaha apa pun best of luck to all UKCG candidates . semoga kita lepas pergi interview pulak! hwating!

Assalamualaikum

Approached Chinese Non-Muslims

Assalamualaikum

Kali ni excited nak update blog, nak cerita pasal pengalaman pertama conduct interview dengan orang luar. Ni semua sebab assignment thinking skill, lecturer aku minta interview chinese non-muslims tentang pendapat diorang mengenai Islam. btw, nama lecturer aku , Xifu Nasser. Abdul Nasser is his full name, writer dekat Sinar Harian. famous sebenarnya xifu ni, tapi sebabkan aku ni tak banyak membaca, and tak amek tahu hal isu semasa, so aku ibarat katak bawah tempurung tak kenal xifu ni! hahahaha malunyaaa.

Nak dijadikan cerita, memandangkan kita kena buat interview dengan orang luar so aku dengan group member2 aku ni pun outing la cari tempat utk cari volunteer. Mula-mula plan nak gi KL Sentral, tapi syasya (one of member group aku) cakap tempat tu mcm tak sesuai, sebab orang semua tengah rushing.. yelaa tempat transit tunggu bus, monorel, lrt, erl bagai. Semua macam busy dengan plan sendiri, takkan la tetibe org tgh galas beg besar nak naik bus.. aku dgn kwn2 kacau diorg, mintak interview tanya pendapat. Suasana dia mcm tak kena la hahahaha. Tukarlah plan, kami cadang pergi taman reaksi. Sebab kat taman je mood orang nak bersantai, mood rilex, dalam keadaan tenang + ceria harapnya. Hihihi so kami pun pergilah Tasik Taman Jaya berhadapan dengan Amcorp Mall. Kebetulan tempat tu dekat je dengan UIA,PJ , kos nak pergi pun jimat sebab naik bus hijau free tuu hahahaha.




Masa kat Tasik Taman Jaya tu, kami tinjau2 tempat dulu.. rupanya besar jugaklah taman tu, first time kot aku jejak situ so rasa mcm jakun sikit. Hahaha lepastu cari tempat sewa basikal, setengah jam RM5 tapi bila dah sampat tempat sewa tu, basikal semua habis orang pakai. Alaaa tak merasa nak ronda-ronda taman naik basikal. Then kitorang gi tempat taman permainan, tempat alatan2 gym tu (idk what the real name for that place) , kitorang try semua mainan. hahahaha termasuk kaki pengayuh apa entah nama. Sambil-sambil tu mata kitorang meliar jugaklah cari chinese non-muslims untuk jadi volunteer dlm interview kami. Tapi seawal jam 5 hingga ke 6pm tu, tak nampak pun cina! resah gelisah oii, mana la diorang ni? tak keluar beriadah ke? penat berjemur dah hitam legam busuk ngan peluh, pukul 6 lebih tu baru nampak aunty2 cina ada jogging. Yess! dah ada 'mangsa' hehehehe.  First volunteer, kitorang jumpa aunty cina jog dengan husband dia. She's so kind! kitorang dekati dia, cakap kitorang ni nk interview dia pasal pendapat mengenai islam utk assignment kami. and she said "yeah okay!" kitorang tanya pendapat dia, and she gave us positive feedback. Dia ceritakan yg dia ada niece peluk islam, so bila time gathering family, beli makanan yg halal and aunty tu tau apa yg haram dimakan. Pastu dia ckp selagi kita hormat sesama sndiri .. Its fine. Katanya lagi, Malaysia kan amalkan sikap terbuka, "so you have right to choose your own religion" 

Then, kami interview a group of aunties. 2 chinese and 1 indian. Kami tanya soalan yg sama, "what is your opinion about Islam?" they also gave good feedback. Kata mereka, every religion promote good things, so as long as we do good things and you do good things then its okay! dont do bad things, people will not like you . Islam is the religion of peace right?" . Yeah, their answers almost the same like our first volunteer. panjang lagi kisahnya but I make it short. Memandangkan dah lewat petang, and kami tak solat asar lagi.. so kami decide pergi Amcorp Mall which is infront of Tasik Taman Jaya , nak tumpang solat kat surau mall tu. Lepas dah solat asar , pergi makan apa semua, pastu lepas solat maghrib. ingat nak balik dah.. groupmates kata diorg rasa seronok plak nterview non-muslims. Sebabnya, kami suka dengar pendapat diorang tentang Islam. So, masa kami jenjalan dalam mall, kami jumpa sorang lelaki cina lingkungan 20an nak masuk 30an kot dekat Kenny Rogers. 

Nak dijadikan cerita, kami berbual dengan lelaki tu almost 1 hour, siap duduk semeja borak macam dah lama kenal. Dia peramah sangat, friendly, habis semua org yg lalu dekat dgn dia, dia senyum, tegur. Rasa mcm dia tu femes or mmg pengunjung setia mall tu. Dia suruh kami panggil dia "Danny Lee" . Dia bagi kritikan tentang muslim (the one who practice Islam) , bukannya kritik agama Islam (pegangan). Dia kata, bukan semua muslim jahat, buruk, cuma ada sesetengah je perangai mcmtu. Dia ada kawan yg muslims, and dia cakap kawan2 dia semua baik sampaikan time kawan dia nak kawen, kawan dia ckp kat dia yg dia wajib datang (hahahaha ni hasil perbualan kitorg). But the point here is, Danny Lee ada cakap "apa yg agama ajarkan itu dipanggil teori. Kalau kita follow apa yg agama ajar, itu dipanggil praktik/praktikal. Dua2 ni sangat penting, teori and praktikal kena jalan serentak . tak guna kalau you baca buku (Quran maksudnya) berjuta-juta kali, tapi you tak buat apa yg buku you ajar (means mcm tak praktikkan apa Quran ajar; contoh solat, puasa) . you tau teori, tapi tak praktik, takkan jadi. sama mcm you taktau teori nak sembahyang (solat) , tapi you main redah je sembahyang kat your God. you rasa apa you dapat? nothing. useless" . Lepastu dia sebut pasal 3 element yg diajarkan agama dia (buddhism) . Kasih Sayang(love) Ikhlas (sincerity) dan Hormat (respect). "Love is define as when you help people regardless their religion, skin colour or anything else. Sincerity is define as when you do something with full of your heart, you put so much efforts on doing something. There's no point you force your heart to see the monk for doing such thing (lebih kurg mcm beribadah la dlm konteks islam) but your focus is not 100% on it. You go to temple, your physical body meet the monk but your heart is at somewhere else. Thinking about you wealth; big car, big company (ni contoh dlm agama dia). You got nothing at there (temple) even you said you already sembah2 all those kind of thing. And last about Respect , do respect your parents. They have given you so many things in your life. I had 1 example, this one guy (muslim) left his very old father at the mosque. He didn't accompany his father. He just drop his father there, then left him alone. (time ni dia ckp pasal parents je, and x faham sgt apa dia cuba smpaikan. maybe nak ckp sampai hati anak tinggalkan ayah yg dh tua, x berupaya mcm tu je kat masjid.)"- Danny Lee. 

Kalau nak cerita the whole conversation, rasanya tak muat satu entri. Serius, lama gila kitorang berbual dengan Danny Lee ni. and mostly he also gave good feedback about muslim. Hmm cuma kami tak puas hati lagi dengan apa yg ktorang interview. Xifu cakap cari org yg boleh kritik pasal Islam/Muslim. tapi none of them yg hentam Muslims. How positive they think! ni kalau tanya org muslim especially the malay society about other religions, mesti dah kutuk agama lain mcm2. Allahu malunya! 



So kesimpulannya, apa yg kitorang dapat dari interview ni, kitorang rasa yg timbulnya isu2 negatif a.k.a masalah dalam agama ni sebenarnya datang dari diri kita sendiri. Yelaa, as individual opinion, bagi aku kita kena ubah cara mindset kita. Tak semestinya agama2 lain ada kutuk agama kita sama mcm kita; ada muslim (sesetengahnya) kutuk agama lain. Kat sini nampak mcm muslim yg tak reti nak hormat agama lain mcm mana diorang (non-muslim) hormat agama kita. Bak kata pepatah, kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Come on la! Kalau kita tak ubah diri kita dulu, macam mana kita nak ubah sikap dalam masyarakat? sesuatu pembaharuan yg besar bermula dari langkah yang kecil. Rasanya smpai sini je kot nak citer tu dulu. may Allah bless our life! In Shaa Allah.

Don't wait to change but change ourself now before its too late! 

Assalamualaikum. 

Sunway Piramid Mall

Assalamualaikum

Alhamdulillah, macam biasa sis suka berjalan time weekends kalau tak balik rumah. Maklumlah siapa je yang rasa seronok berbahagia duduk kat hostel for a whole day pagi ke malam kan? So, sis ajak kawan2 rapat outing. At first, tak planning pun nak keluar memandangkan semua orang 'sibuk sangat' dengan assignments. Hahahaha tapi sebab diorang ni termakan dipujuk oleh sis, so diorang pun nak outing. Biasanya kami ni jenis outing pergi tempat yang kami tak pernah pergi lagi like my previous posts, kitorang pergi IOI Mall,One Utama and many others. 

Memandangkan kami tak jejak lagi sunway pyramid, jadi kami pun majukan langkah pergi sana (30 January 2016). Cara kami pergi; mula2 amek bus free warna hijau untuk rakyat petaling jaya tu, then turun kat stesen lrt taman jaya. Then, amek lrt terus ke kelana jaya. tambang lrt RM2.10 per person. Tibanya di lrt kelana jaya, kami amek bus rapid KL no. 783 ke Sunway Pyramid Mall. Jangan risau, keluar je dari lrt, turun bawah ikut tangga pergi terminal bus. nanti akan jumpa banyak bus2 rapidKL and teksi pun ada.. Yang kitorang naik tu,  tambang bus RM1 jee. Ini cara seorang student saving money disamping dapat travel kecil-kecilan gituu. hahahahaha

Tiba je kat sunway pyramid mall, apa lagi.. misi tawaf mall tu la :D kebetulan kami pergi time 2 minggu sebelum Chinese New Year. So, decorations dalam mall tu most of it tema merah, chinese new year.. Kitorang masuk je pintu utama, terus nampak kedai buku Popular dekat belah kanan. Masuk situ tengok2 buku, acah je tengok.. tak beli pun :p hihihi time tu perut kitorang lapar gilaa sebab tak breakfast, kawan pun decide nak cari tempat makan. Ofcoz la kan, dalam mall besar2 mcm ni femes dengan fast food restaurants. Sis pun taktau la dekat wing mana, level berapa, dah tak ingat dah jalan sebab BESAR SANGAT mall tu. Yang penting, kami jumpa burger king, McD, KFC, Pizza Hut, Subway, Nasi Ayam Penyet ke apa entah. Banyak sangat! so kami decide makan KFC , masa tu ada menu yang nasi campur rumpai laut tuu, kami pilih yang tuu.. sedap bakhang! RM7 something utk 1 set. saja pilih makan KFC then other restaurants, time tu benda tu jela selera nak makan! memandangkan semua homesick lama tak balik rumah. HAHA 

geng main bowling ke laut! hahahaha
final result for our game! hihihihi beginners kan :p
Dah kenyang makan2, kami sambung tawaf.. kami jumpa tempat orang main ice skate, which called as Sunway Pyramid Ice. OMG silap besar kami datang pakai skirt, pakai jubah! kalau tak, memang dah try main ice skate. huhuhu next time kot In Shaa Allah kalau ada rezeki. Sambung jalan2, nak cari redbox sebenarnya, tempat karaoke tuu! kami berpecah kepada 2 group. Me & twinnies pergi makan ice cream, duduk kat bangku disediakan sambil perhatikan orang. Hiks malas la pergi karok, suara dah la tak sedap! huhuhu while syasya & Am, diorang still gigih cari redbox. dia macam tersembunyi kat wing mana entah, puas mencari tapi diorang tak jumpa. Last2 tukar plan, tak jadi karok.. syasya call sis cakap diorang dah jumpa redbox tapi dah fully booking by others. Then, kitorang pergi main bowling! ahaks, part bowling ni kelakar xD dah la lama gila tak main, lepastu yang main kat set sebelah kitorang tu brothers! malu gilaaa , asyik masuk longkang je bola kami. Brothers tu pandang semacam je, nak gelak pun ada..kitorang tengok brothers tu main, asyik strike! strike! strike! jatuh semua pin bowling, wahhh terror nyee! tapi kitorang tebalkan je muka, main ikut suka hati. kami peduli apa?! yang penting kami seronok! we play for fun! bukannya pertandingan pun. Oh btw, kami ambil 1 set je , sebab tak berani nak amek banyak set. 1 set for 3 persons tu pun dah RM50 something. pokai la sis as student! hahahahaha time bowling ni, sis belanja  kawan2 sebabnya sis yang beria ajak main... kesian la pulak aku beria ajak, tapi engkorang kena bayar! hahahaha as beginners , kira cantik la tu pointers that we got walaupun game ke laut! hahaha 

sisters form reality TV show ; Clever Girl TV3 
Before main bowling tu, we stop for zohor prayer.. Time ni sesat cari surau hahahaha tak nampak jalan yg benar ke cane ni? banyak kali kot turun naik level 1, G1, LG ape entah lagi. Dan akhirnya kitorang nampak simbol surau dekat same level kedai Popular tu (tak ingat level brapa).  Alhamdulillah, surau dia okay cuma time tu ramai org so agak crowded jugaklah, cukup2 badan je solat. terpijak kain orang sebelah tu normal kan? Sorry! hahahaha then sambung tawaf mall lagi, kami terserempak dengan staff2 Clever Girl TV3. omg!! sisters yang bagi kad promote ujibakat clever girl tu cantik-cantik ! tinggi pulak tu. adorable sungguh! so dengan tak malunya, kami minta bergambar, diorang baik sebab nak layan kami ni. Hahah thanks! saja bergambar, taknak pun join reality show tu :p malu laahh hiks. 

berlatar belakangkan sunway lagoon
Last but not least, tak lengkap la gi sunway tapi pergi sunway lagoon kan? yeahh! kami ada pergi sunway lagoon, tapi pergi sampai depan pintu jelaaa yang dekat kaunter tiket tu. Tak masuk pun! hahahahaha gaiss, takde duit la gaiss nak masuk sunway lagoon, elaun tak dapat lagi masa ni? xD dapat bergambar jadi la kan? hiksss . nampak tak betapa berjimat cermatnya kami ni? Maaf, kami memang suka berjalan tapi at the same time, kena JIMAT JIMAT JIMAT! itu mindset kami. hahahahahahahaha belanja gambar cukuplah kot. Cara kami balik; tunggu bus rapidKL 783 (bus sama yg kitorang pergi) sampai ke LRT Kelana Jaya. cuma pelik sikit, tambang bus balik RM2 sedangkan pergi RM1. apa yang membezakan pun taktau laa hahaha. then dari LRT Kelana Jaya amek ke LRT Masjid Jamek , we went there for buy something.. pastu balik ke LRT Universiti, then naik bus RapidKL790 ke UIA PJ. 

That's all from me, next time I menaip lagi. I try to make the post shorter bcs my friends said "tikah rajin update panjang2" .. yeahh, that is the real me! dah cuba pendekkan but still panjang leborr. nak wat guane? suka ngat koi mengarang hahaha xD sorry and thanks for reading! In Shaa Allah, see you on next post :)

Assalamualaikum

Cara Solat Sunat Taubat

Assalamualaikum 
Kita sebagai hamba Allah tak lari dari melakukan dosa. Hanya satu cara sahaja nak hapuskan dosa-dosa kita iaitu melalu solat sunat taubat. Solat taubat ni kita kena buat selalu. Sampai hati tu rasa lapang.. Rasa bersih. Pastu rajin nak beribadat. Bila dengar nasihat tu, hati mcm seronok.Tanak lagi buat dosa-dosa lama. Haa.. tu In Shaa Allah tanda taubat kita, Allah dah terima.
Solat ni elok buat malam-malam. Sebelum tidur atau sebelum Subuh. Waktu sunyi malam.

Bersihkan diri. Amek wudhu.
Pakai wangi-wangi (bagi lelaki).

Bila dah siap berdiri, Istighfar dulu.. Isitghfar pendek je.. Baca seberapa banyak kita nak sampai hati tu bebetul tenang.. Pastu baru niat..

أصَلِّي سُنَّةَ التَوبَةِ رَكَعَتَيْنِ لِلهِ تَعالىَ
Ussoli sunnatan taubati rok 'ataini lillahi ta'ala
[Sahaja aku solat sunat taubat 2 rakaat kerana Allah Taala]

Baca do'a Iftitah dan al-Fatihah mcm biasa.
Rakaat pertama, baca Sural al-Kafirun 1x
(Kalau ada yg tak hafal Surah ni, boleh baca Surah al-Ikhlas je)
Rakaat kedua, baca Surah al-Ikhlas 1x
Bila sampai waktu Sujud terakhir sebelum salam, selepas baca bacaan biasa waktu sujud, kita sambung baca do'a Nabi Yunus a.s.
"La ilaha illa anta subhaanaka inniy kuntu minaz dzhoo limiin”
Bacalah 10x atau 20x atau 30x.. Ikut suka.
Waktu ni dahi kita sujud menyentuh bumi.. Kita berada dlm keadaan hina sehina hinanya sebagai hamba memohon keampunan daripada Pencipta kita.. Sujudlah lama-lama..
Lepas tu baru duduk tahiyat akhir, baca tahiyat akhir dan terus bagi salam.
Lepas bagi salam, Istighfar lagi.. boleh baca Istighfar pendek atau yg panjang sikit..
  • Astaghfirullahal'adziim /
  • Astaghfirullahal‘adziim, alladzi laa ilaha illaa huwal haiyul qoiyuum wa-atubu ilaih.
Baca seberapa banyak yg kita nak.. Baca sampai hati tu rasa lemah...
Bila rasa dah cukup kita Istighfar, baru doa.. Bila berdoa, kita kena bebetul menyesal dgn dosa2 kita.. Mohon Allah ampunkan dan terima taubat kita..
Sebagai permulaan, guna doa sendiri dlm bahasa melayu.. Luahkan apa yg terbuku kat hati tu.. Menangislah.. Merayulah.. Mohon Allah ampunkan dosa tu.. Bayangkan kita cuma ada satu je ni peluang nak mintak ampun dgn Allah.. Bayangkan Malaikat Izrail dah ada kat belakang nak cabut nyawa kita.. Kejap lagi kita mati.. Agak-agaknya apa kita akan mohon pada Allah?
Istighfar dan baca doa. Dalam bahasa melayu pon takpa.
Dah selesai berdo'a, tutup doa kita tu dengan;
  • Robbana aatina fid dun-ya hasanah wa fil aakhiroti hasanah waqinaa adza bannar
Pastu duduk diam atas sejadah, ambil masa 10 minit, muhasabah diri kita.. Tengok apa yg boleh kita perbaiki lepas ni. 

Imam al-Ghazali ada cakap..
Tanda hati kita sudah mula hitam, 
  1. bila kita buat dosa, kita tak rasa bersalah. 
  2. hilang kemanisan beribadah
  3. hati tak makan nasihat
Sekian, semoga dengan melakukan solat sunat taubat ni, hati kita yang hitam legam berkarat tu kembali bersih.. barulah senang nak buat ibadah2 lain. and semoga taubat kita diterima Alllah..  In Shaa Allah, amin.

Assalamualaikum