Atikah Zulaikha Turns 18

Assalamualaikum

18 tahun yang lalu, pada tanggal 28 Disember 2015 lahirlah seorang puteri ke dunia yang diberi nama Nur Atikah Zulaikha. Ewahh, puteri sangat :P Alhamdulillah hari ini 28 Disember 2015, genaplah umur sis 18 tahun. Yeyyy happy birthday to me ! tak tua lagi , belum 20an lagi :P masih boleh main buaian, gelongsor, jongkang-jongkit tu semua. hahahaha 

Birthday kali ni berbeza dengan tahun-tahun sebelum ni. Memandangkan dah agak matang, agaknye laa.. hahahaha sis ambil keputusan untuk tak sambut birthday :) dah cakap kat mak abah, taknak kek, taknak kfc pizza burger bakar ke apa, taknak taknak. Hahahaha cuma minta mak masakkan lauk fav sis, iaitu gulai masam ikan patin. Ehh ehh ni bukan tempoyak tau, ni gulai masam! bahan utamanya asam keping. Makanan orang kampung sis kat ulu tembeling,pahang. Sedap sangat!! kat abah, tak minta apa-apa pun. Cuba fikir, dah banyak abah bagi sejak kecil,turut kerenah kita.. takkan nak mintak lagi? malu malu.. hahaha 

Entri kali ni nak mengutarakan pendapat sikit. Nama pun pendapatkan, so terpulang ada orang setuju ke tak. Tak setuju pun buat-buat setuju je lah ye :P hihihi Secara logiknya, hari jadi ni adalah hari dimana seorang mak bertarung nyawa nak melahirkan anak. Bila anak itu telah dilahirkan, maka tarikh pada hari tersebut dijadikan tarikh istimewa untuk dikenang sampai bila-bila yang digelar sebagai Hari Lahir atau Hari Jadi. So for me, hari jadi ni bukanlah hari untuk meraikan diri sendiri tapi hari untuk meraikan mak kita yang menahan segala sakit mengandung & melahirkan kita. Tak apalah sis tak sambut birthday grand-grand macam orang, siap ada birthday surprise, sambut dengan kawan2 or pakwe makwe dekat tempat mewah2 or special place , takde belon takde topeng lucu. 

with my mom :D
Yang paling penting, masa hari jadi sis mesti diluangkan dengan mak! Terima kasih mak, terima kasih melahirkan kakak , jaga kakak sampai dah besar panjang cukup 18tahun :') walaupun mak kata "tak adil la birthday kakak tak sambut", tapi rasanya seperti diraikan bila ada dekat dengan mak. Maklumlah, sejak smbung belajar duduk jauh dengan mak ni, dah mula rasa erti sepi tanpa celoteh mak. Hihihi birthday kali ni tak sambut tak apa, janji dari kakak buka mata pepagi sampai pejam mata nak tidur dapat tengok muka mak, dengar suara mak, rasa masakan mak, tu dah cukup berharga. Bayangkan anak-anak yang dah kehilangan ibunya, usahkan sambut birthday.. nak makan hari2 semeja dengan ibunya pun tak merasa :') kakak alhamdulillah syukur masih ada mak.

Eh eh tak habis lagi ! memang dari awal plan taknak sambut pun. Citer dia mcm ni, lepas maghrib je sis dah siap solat tengok abah dengan mak keluar. Sis sangkakan diorang beli barang dapur, balik2 je bawak kek :'D Allahu , terharuuu. abah cakap "tak aci birthday adik2 semua smbut, birthday kakak tak pulak" . diorang belikan kek, lepastu belikan nasi goreng paprik, fav since kecik lagi... Meleleh air mata weh, betul la orang cakap.. Mak ayah mudah rasa kesian pada anak-anak, tak sampai hati tengok anak-anak bersedih . Ehem, masa ni sedih la sikit sbb kepala dok berangan org buat surprise utk sis tapi takde pun! hahahaha sedih! rupanya, ada je family hajat nak buat surprise .. kecil-kecilan tapi sangat bermakna! thanksss :*


Apa pun, buat bidadari syurga In Shaa Allah... kakak doakan semoga mak sentiasa panjang umur, dimurahkan rezeki selalu, menjadi isteri dan ibu yang solehah. Amin. Kakak sayang mak :* Sambutan hari jadi tu cuma syarat untuk meraikan, yang paling penting.. waktu tarikh istimewa itu diluangkan dengan orang yg melahirkan kita, MAK! juga diluangkan dengan orang2 yang masih sayang dan setia berada disamping kita. Hargai selagi masih ada :') 

Sekali lagi, Happy Birthday to me! semoga dengan bertambahnya umur, bertambah juga amalan dilakukan utk bekalan di hari kebangkitan. In Shaa Allah amin.. Semakin bertambah usia, semakin dekat ajal dengan kita. Semoga diri belum terlambat :') 

Assalamualaikum.

Semester 2 End Well

Assalamualaikum

    yeyyy setelah 2 bulan lebih since 1 November 2015 untill 17 December belajar untuk semester kedua, akhirnya tiba ke penghujungnya. Alhamdulillah , walaupun pendek je masa untuk catch up everything , sis berjaya jugak lalui segala class, presentation, tasmik, oral test, quiz, examinations and etc dengan sekeping hati yg tak berapa nak kebal , hahahaha

    Sem kali ni seronok juga, sebab belajar 2 subjek je and 1 subjek je yang ada final exam which is Selected theme of Al-Quran (stq). Subjek ni berkaitan dengan al-Quran, and bersyukur sangat sebab dapat peluang belajar subjek ni. Dia punya assignment kena buka tafsir al-Quran , kami guna tafsir Ibnu Khatsir,Then kena hafal surah al-Furqan untuk tasmik and hafal beberapa ayat dari surah2 berlainan macam surah al-mukminun, al-baqarah, al-an'am,surah luqman .. hafal bukan sekadar hafal je , kena faham makna dia sekali, sis hafal maksud ayat in English weh. Serious, rasa mcm subjek ni lagi mendekatkan diri dengan Quran, barulah ada usaha nak mendalami Quran. Sebelum ni mana pernah nak kaji Quran, maklumlah datang dari skolah harian je.. Kalau bagi budak sekolah agama, mungkin benda ni biasa2 je, normal. Bagi aku, itu satu perubahan baru :') syukur.  Satu lagi subjek ialah Study Skills , subjek ni cuma ada assignment which is write 4 different types of essays . nama pun skills , so dalam kelas tu just teach us how to improve our writting, and kenal pasti valid articles , cara tulis citation dengan betul and paling penting mengenal pasti plagiarism. Plagiarism ni secara kasarnya, macam kita copy ayat orang, essay orang, articles orang, bulat-bulat tanpa letak credit owner tu and mengaku benda yang kita copy tu hak milik kita. Kalau ikut undang-undang , boleh kena saman and teruk sikit kena penjara hihi :) so pentingnya tahu plagiarism ni especially for students who take degree, master, phd and etc. Nak buat assignment ke apa mana boleh copy hak orang kan :)

classmates STQ section 821 #HumanSciences

    Tak lengkap la kisah seorang student tanpa kawan-kawan kan? Sem kali ni classmates still sama mcm sem lepas cuma ada yang dah berubah section and amek subjek lain. Roommates pun still sama macam roommates sem 1 haritu. Yang tak sama, mahallah yang sis duduk je. Sem lepas duduk Mahallah (hostel) Aisyah, tapi hostel tu dah tutup. so sis move on to Mahallah Fatimah Az-Zahra (FZC). sesape dak-dak UIA PJ tu tahu la, mahallah dekat dgn main gate, senang nak outing gi pasar malam setiap hari selasa. Hahaha sebut pasal roommates, beruntung sangat dapat roommates sama. So takdelah risau sangat takut dpt roommates yg tak sekepala. hahahaha susah kalau tak sehati sejiwa tapi kena duduk serumah, macam2 isu timbul nanti. Lagipun bila dapat roommates lama ni, kita dah boleh percaya kat diorang. Nowadays banyak kes kecurian la, kes gaduh tak bertegur la, alhamdulillah so far roommates sis semua baik-baik. Tinggal purse atas meja pun tak hilang duit. Hihi muka boleh dipercayai :P Nasib baik jugak sebab dapat mengukuhkan lagi ikatan tali persahabatan memandangkan dah 7 bulan jadi roommates. lama jugak bertahan sampai 7 bulan tu, dengan corak latar belakang masing2 berlainan.. boleh disatukan di CFS ni. hihihi 


     Final exam pulak, hmm kami rakan sebilik exam waktu dan hari yang lain2 memandangkan masing2 amek subjek and kos lain2.. ada yang habis exam awal, and ada yang habis lambat so waktu perpisahan nak tinggalkan bilik balik bercuti tu tak terasa sangat. Takdelah macam sem 1, semua habis sama-sama, pack barang sama-sama and balik sama-sama. Masing2 boleh dikatakan buat hal sendiri je sem 2 ni, tapi tu bukan jadi penyebab ukhwah kami renggang k. Ada waktu lapang, kami makan semeja, lepak dekat court takraw petang2 tengok keindahan alam, kongsi cerita. Still wujud 'aktiviti kemayarakatan' dalam bilik kami. Semua jenis banyak cakap, tak pernah lagi setakat ni roommate menyendiri. Mesti nak gather and borak2 kadang sampai tengah malam, tak reti2 nak tido xD hahahaha thats what hostel life be like, right? :P 

     Okaylah , rasanya tu je nak cerita. Sem kali ni tak bnyk cerita sebabnya sem ni pendek je jangka waktunya.. nama pun Short Sem. walaupun waktunya singkat, banyak jugak perkara baru yg dh belajar :) well pengalaman tu kan penting.. Mengajar kita erti kematangan dalam hidup. hahahaha tetibe je. Oh ya! btw cuti sem kali ni 2 minggu lebih je, then 11/1/2016 dah kena kembali ke CFS! so sebelum start sem 3, better I enjoy puas-puas cuti ni kan hahahaha rindu rumah tau :3 rindu nak makan makanan free, takyah keluar duit. Hiks okay selamat bercuti buat mereka yang tengah bercuti! jaga diri , muahh :P panjang umur, ada waktu, kita share cerita lagi.

Assalam

Meet Harris J

Assalamualaikum

     Alhamdulillah , 6 December 2015 haritu dapat jumpa Harris J . seriously! mula-mula tak kenal pun sape la dia ni . Roommates sendiri yang kenalkan. He is a famous muslim british singer.. He is a young singer actually. His age 18 (2015) just same like me. The most common song he sang was Salam by Harris J . Assalamualaikum , alaikum heyy! haa lebih kurang gitula. best jugak la dengar.

      Harris J is in Malaysia? Yeah , its true. Dia datang ke UIA, Gombak. Kebetulan datang time hari ahad , hari cuti. so aku dengan roommates siap beli tiket awal2 konon takut habis. hahaha sebenarnya takde teruja sangat nak jumpa Harris J mcam roommates aku, sakan dapat jumpa. Aku just excited nak pergi UIA tu je. The main campus! tak pernah jejak kot, rasa teringin jugaklah nak tinjau suasana dia mcm mana. Maklumlah, aku pun In Shaa Allah habis asasi setahun setengah kat PJ, baru masuk gombak amek degree :) Moga-moga ada rezeki amin.. cantik jugak kampus gombak ni, besar habaq hangg.. jenuh la aku nak ke kelas dari mahallah nanti, boleh kuruih! hahaha tapi Alhamdulillah masjid dengan dewan tak jauh sangat. It is a pleasure to walk with roommates around Gombak campus. dh berangan degree nanti mcm mana and ofcoz wajib bergambar! hahaha




      Back to our main topic, we met Harris J around 5.30pm after we did our Asar prayer. Kami jumpa dia kat CAC Hall , UIA (Cultural Activity Centre). time tu ada sesi Meet & Greet with Harris J. so time ni la ramai gegadis fanatik with Harris J datang serbu hall , siap ada yg menjerit mcm hantu mengilai dia punya excited. MasyaAllah. mujur mak pesan awal2 "jaga diri, jangan galak sangat. ingat Allah". Yeah I admit that this is my first time going to concert without parents! hahaha mau tak risau mak kat rumah :P Then, sempat la ambil sign this famous singer, and sempat selfie. hahahah aku tak kenal pun Harris J, tapi siap bergambar lagi. Well, people taking pictures with him, so I need to right? take a chance ! hahaha 

ni la Harris J! orang yg tak fanatik pulak dpt bergambar hihi

      So, kami datang UIA bukan nak tengok Harris J je , tapi hadir ke konsert #CNMC2015 ( Citra Nasyeed Manifestation Concert). Malam tu, alhamdulillah sis enjoy sangat dengan konsert2 nasyid dari kumpulan inteam, saujana, Nowseeheart, and special performance from Harris J. paling enjoy kumpulan inteam, omg dari zaman sekolah minat lagu2 dia ! terutama lagu Nur Kasih ..kurniakan daku serikandi , penyejuk dimata penawar dihati.. di dunia dialah penyeri , di syurga menanti dia bidadari ... lalalaa ~ berbaloi bayar tiket RM10. ehh murah kan? hehehe sebab kite student uia . kalau public , RM15 each.  thanks for inviting me Twins who are my roommates ! kalau bukan Aqilah and Adilah yang pujuk, memang aku tak gi la. hahahaha nasib sayang kembar ni tauu. 

       Last but not least, seronok jugak pergi konsert dgn kawan, tetibe rasa diri dah besar. HAHA! sebelum ni tak pernah pergi konsert dgn parents, eh jejak kaki ke konsert pun tak pernah k. tengok dalam tv je, tak kuasa nak prabih duit merata tempat. Hihi sronok pulak :P yang penting , jangan lupa diri sudah la kan. Ingat Allah :) omputeh kata behave yourself! okay byeee! 


Assalamualaikum