Semester 2 End Well

Assalamualaikum

    yeyyy setelah 2 bulan lebih since 1 November 2015 untill 17 December belajar untuk semester kedua, akhirnya tiba ke penghujungnya. Alhamdulillah , walaupun pendek je masa untuk catch up everything , sis berjaya jugak lalui segala class, presentation, tasmik, oral test, quiz, examinations and etc dengan sekeping hati yg tak berapa nak kebal , hahahaha

    Sem kali ni seronok juga, sebab belajar 2 subjek je and 1 subjek je yang ada final exam which is Selected theme of Al-Quran (stq). Subjek ni berkaitan dengan al-Quran, and bersyukur sangat sebab dapat peluang belajar subjek ni. Dia punya assignment kena buka tafsir al-Quran , kami guna tafsir Ibnu Khatsir,Then kena hafal surah al-Furqan untuk tasmik and hafal beberapa ayat dari surah2 berlainan macam surah al-mukminun, al-baqarah, al-an'am,surah luqman .. hafal bukan sekadar hafal je , kena faham makna dia sekali, sis hafal maksud ayat in English weh. Serious, rasa mcm subjek ni lagi mendekatkan diri dengan Quran, barulah ada usaha nak mendalami Quran. Sebelum ni mana pernah nak kaji Quran, maklumlah datang dari skolah harian je.. Kalau bagi budak sekolah agama, mungkin benda ni biasa2 je, normal. Bagi aku, itu satu perubahan baru :') syukur.  Satu lagi subjek ialah Study Skills , subjek ni cuma ada assignment which is write 4 different types of essays . nama pun skills , so dalam kelas tu just teach us how to improve our writting, and kenal pasti valid articles , cara tulis citation dengan betul and paling penting mengenal pasti plagiarism. Plagiarism ni secara kasarnya, macam kita copy ayat orang, essay orang, articles orang, bulat-bulat tanpa letak credit owner tu and mengaku benda yang kita copy tu hak milik kita. Kalau ikut undang-undang , boleh kena saman and teruk sikit kena penjara hihi :) so pentingnya tahu plagiarism ni especially for students who take degree, master, phd and etc. Nak buat assignment ke apa mana boleh copy hak orang kan :)

classmates STQ section 821 #HumanSciences

    Tak lengkap la kisah seorang student tanpa kawan-kawan kan? Sem kali ni classmates still sama mcm sem lepas cuma ada yang dah berubah section and amek subjek lain. Roommates pun still sama macam roommates sem 1 haritu. Yang tak sama, mahallah yang sis duduk je. Sem lepas duduk Mahallah (hostel) Aisyah, tapi hostel tu dah tutup. so sis move on to Mahallah Fatimah Az-Zahra (FZC). sesape dak-dak UIA PJ tu tahu la, mahallah dekat dgn main gate, senang nak outing gi pasar malam setiap hari selasa. Hahaha sebut pasal roommates, beruntung sangat dapat roommates sama. So takdelah risau sangat takut dpt roommates yg tak sekepala. hahahaha susah kalau tak sehati sejiwa tapi kena duduk serumah, macam2 isu timbul nanti. Lagipun bila dapat roommates lama ni, kita dah boleh percaya kat diorang. Nowadays banyak kes kecurian la, kes gaduh tak bertegur la, alhamdulillah so far roommates sis semua baik-baik. Tinggal purse atas meja pun tak hilang duit. Hihi muka boleh dipercayai :P Nasib baik jugak sebab dapat mengukuhkan lagi ikatan tali persahabatan memandangkan dah 7 bulan jadi roommates. lama jugak bertahan sampai 7 bulan tu, dengan corak latar belakang masing2 berlainan.. boleh disatukan di CFS ni. hihihi 


     Final exam pulak, hmm kami rakan sebilik exam waktu dan hari yang lain2 memandangkan masing2 amek subjek and kos lain2.. ada yang habis exam awal, and ada yang habis lambat so waktu perpisahan nak tinggalkan bilik balik bercuti tu tak terasa sangat. Takdelah macam sem 1, semua habis sama-sama, pack barang sama-sama and balik sama-sama. Masing2 boleh dikatakan buat hal sendiri je sem 2 ni, tapi tu bukan jadi penyebab ukhwah kami renggang k. Ada waktu lapang, kami makan semeja, lepak dekat court takraw petang2 tengok keindahan alam, kongsi cerita. Still wujud 'aktiviti kemayarakatan' dalam bilik kami. Semua jenis banyak cakap, tak pernah lagi setakat ni roommate menyendiri. Mesti nak gather and borak2 kadang sampai tengah malam, tak reti2 nak tido xD hahahaha thats what hostel life be like, right? :P 

     Okaylah , rasanya tu je nak cerita. Sem kali ni tak bnyk cerita sebabnya sem ni pendek je jangka waktunya.. nama pun Short Sem. walaupun waktunya singkat, banyak jugak perkara baru yg dh belajar :) well pengalaman tu kan penting.. Mengajar kita erti kematangan dalam hidup. hahahaha tetibe je. Oh ya! btw cuti sem kali ni 2 minggu lebih je, then 11/1/2016 dah kena kembali ke CFS! so sebelum start sem 3, better I enjoy puas-puas cuti ni kan hahahaha rindu rumah tau :3 rindu nak makan makanan free, takyah keluar duit. Hiks okay selamat bercuti buat mereka yang tengah bercuti! jaga diri , muahh :P panjang umur, ada waktu, kita share cerita lagi.

Assalam

1 comment:

Diya Hanun said...

Bestnye dpt dalami Al Quran ^_^