18 tahun yang lalu, pada tanggal 28 Disember 2015 lahirlah seorang puteri ke dunia yang diberi nama Nur Atikah Zulaikha. Ewahh, puteri sangat :P Alhamdulillah hari ini 28 Disember 2015, genaplah umur sis 18 tahun. Yeyyy happy birthday to me ! tak tua lagi , belum 20an lagi :P masih boleh main buaian, gelongsor, jongkang-jongkit tu semua. hahahaha
Birthday kali ni berbeza dengan tahun-tahun sebelum ni. Memandangkan dah agak matang, agaknye laa.. hahahaha sis ambil keputusan untuk tak sambut birthday :) dah cakap kat mak abah, taknak kek, taknak kfc pizza burger bakar ke apa, taknak taknak. Hahahaha cuma minta mak masakkan lauk fav sis, iaitu gulai masam ikan patin. Ehh ehh ni bukan tempoyak tau, ni gulai masam! bahan utamanya asam keping. Makanan orang kampung sis kat ulu tembeling,pahang. Sedap sangat!! kat abah, tak minta apa-apa pun. Cuba fikir, dah banyak abah bagi sejak kecil,turut kerenah kita.. takkan nak mintak lagi? malu malu.. hahaha
Entri kali ni nak mengutarakan pendapat sikit. Nama pun pendapatkan, so terpulang ada orang setuju ke tak. Tak setuju pun buat-buat setuju je lah ye :P hihihi Secara logiknya, hari jadi ni adalah hari dimana seorang mak bertarung nyawa nak melahirkan anak. Bila anak itu telah dilahirkan, maka tarikh pada hari tersebut dijadikan tarikh istimewa untuk dikenang sampai bila-bila yang digelar sebagai Hari Lahir atau Hari Jadi. So for me, hari jadi ni bukanlah hari untuk meraikan diri sendiri tapi hari untuk meraikan mak kita yang menahan segala sakit mengandung & melahirkan kita. Tak apalah sis tak sambut birthday grand-grand macam orang, siap ada birthday surprise, sambut dengan kawan2 or pakwe makwe dekat tempat mewah2 or special place , takde belon takde topeng lucu.
with my mom :D |
Yang paling penting, masa hari jadi sis mesti diluangkan dengan mak! Terima kasih mak, terima kasih melahirkan kakak , jaga kakak sampai dah besar panjang cukup 18tahun :') walaupun mak kata "tak adil la birthday kakak tak sambut", tapi rasanya seperti diraikan bila ada dekat dengan mak. Maklumlah, sejak smbung belajar duduk jauh dengan mak ni, dah mula rasa erti sepi tanpa celoteh mak. Hihihi birthday kali ni tak sambut tak apa, janji dari kakak buka mata pepagi sampai pejam mata nak tidur dapat tengok muka mak, dengar suara mak, rasa masakan mak, tu dah cukup berharga. Bayangkan anak-anak yang dah kehilangan ibunya, usahkan sambut birthday.. nak makan hari2 semeja dengan ibunya pun tak merasa :') kakak alhamdulillah syukur masih ada mak.
Eh eh tak habis lagi ! memang dari awal plan taknak sambut pun. Citer dia mcm ni, lepas maghrib je sis dah siap solat tengok abah dengan mak keluar. Sis sangkakan diorang beli barang dapur, balik2 je bawak kek :'D Allahu , terharuuu. abah cakap "tak aci birthday adik2 semua smbut, birthday kakak tak pulak" . diorang belikan kek, lepastu belikan nasi goreng paprik, fav since kecik lagi... Meleleh air mata weh, betul la orang cakap.. Mak ayah mudah rasa kesian pada anak-anak, tak sampai hati tengok anak-anak bersedih . Ehem, masa ni sedih la sikit sbb kepala dok berangan org buat surprise utk sis tapi takde pun! hahahaha sedih! rupanya, ada je family hajat nak buat surprise .. kecil-kecilan tapi sangat bermakna! thanksss :*
Apa pun, buat bidadari syurga In Shaa Allah... kakak doakan semoga mak sentiasa panjang umur, dimurahkan rezeki selalu, menjadi isteri dan ibu yang solehah. Amin. Kakak sayang mak :* Sambutan hari jadi tu cuma syarat untuk meraikan, yang paling penting.. waktu tarikh istimewa itu diluangkan dengan orang yg melahirkan kita, MAK! juga diluangkan dengan orang2 yang masih sayang dan setia berada disamping kita. Hargai selagi masih ada :')
Sekali lagi, Happy Birthday to me! semoga dengan bertambahnya umur, bertambah juga amalan dilakukan utk bekalan di hari kebangkitan. In Shaa Allah amin.. Semakin bertambah usia, semakin dekat ajal dengan kita. Semoga diri belum terlambat :')
Assalamualaikum.
No comments:
Post a Comment