Harapan?

Assalamualaikum

Lama tak update blog. Maklumlah, makin lama makin sibuk dalam dunia pembelajaran. Calon SPM 2014 memang macam ni ,.hahahahahaha doakan yang baik2 je ye untuk saya. In Shaa Allah . okay,kali ni nak update pasal Harapan.


Menyimpan harapan terhadap diri seseorang mempunyai dua jalan . satu , jalan harapan yang mungkin beri kita kebahagiaan di akhirnya . dan satu lagi adalah jalan yang mungkin beri kita kesedihan,kekecewaan di akhirnya nanti tapi salahkah kita menanam harapan terhadap seseorang? jawapannya, tak salah. cuma jangan tanam harapan terlalu tinggi. takut nanti diri tak sanggup jatuh menerima kehampaan ..

Ada orang salahkan diri sendiri, kerana mengharap pada orang. meskipun diri sudah tahu seseorang itu tidak akan memberi kegembiraan nanti, diri tetap menunggu juga. mungkin orang macam ni percaya akan berlaku 'keajaiban' pada orang yang diharapkan.amboi, ingat ini cerita dongeng? bukan keajaiban yg mcm tu dimaksudkan . seseorang yang berharap pada orang yg mungkin tak akan memberi kebahagiaan tu sebenarnya percaya akan 'doa'. apa kaitan dengan doa?okay kita bagi contoh. Contohnya, kita suka dekat seseorang sedangkan orang yang kita suka itu tak suka pada kita.Jadi, kita setiap hari bersungguh berdoa pada Allah,moga orang yang kita suka itu, akan terbuka hatinya untuk suka pada kita nanti. hmm , siapa tahu dengan rancangan Allah? tak ada siapa. jadi, mungkin dengan kesungguhan kita berdoa, orang yang kita suka itu akan terbuka hatinya untuk suka pada kita . In Shaa Allah

Ada orang salahkan orang yang diharapkan. maksudnya, dia menyalahkan orang yang diharapkan konon-kononnya orang itu memberi harapan palsu terhadap dirinya . dalam situasi ni, mungkin kerana terlampau sayangkan atau percayakan seseorang boleh jadi faktor diri dianggap diberi harapan palsu. Ingat, walaupun perasaan sayang luar kawalan manusia , tapi kepercayaan yang kita ada kita boleh KAWAL . jangan sewenang-wenangnya percaya pada orang, meskipun dia orang yg kita sayang. Allah jadikan hati manusia itu berbolak balik sifatnya. harini kata sayang, esok kata benci.. sama jugak macam Harapan .. harini dia beri kita harapan , tapi esok dia kecewakan. jadi, pujuklah diri untuk bersabar. doakan orang yang beri kita harapan palsu itu, insaf.. tak elok berpura-pura memberi harapan pada orang, walhal hati tak berniat pun. 

Oleh itu, bersifat sederhanalah dalam berharap pada orang.. jangan terlalu tinggi menanam harapan, takut diri yang akan kecewa .In Shaa Allah, selagi kita percaya pada Allah,semuanya akan baik-baik sahaja :) Alhamdulillah, akhirnya dah ke penghujungnya.. minta maaf salah silap, berbeza pandangan kita tentang topik kali ni . saya sekadar berkongsi je :) 

sekian , Assalamualaikum