Assalamualaikum
Alhamdulillah, masih diberi akal yang cerdas untuk mencurahkan idea kat blog. Hihi tanpa buang masa, kali ni nak cerita pasal semester 3 di CFSIIUM,Petaling Jaya. Baru je berakhir 10/5/2016. Setiap sem mesti ada jalan kisahnya tersendiri, cuma kisah sem 3 ni unik sikit. Terlalu banyak air mata mengalir, terlalu banyak masa tidur dikorbankan, terlalu banyak waktu lapang dicuri. Hahaha tulaa , masa sem 1 and 2, santai sangat. Masuk sem 3, baru nampak realiti kehidupan sbgai pelajar universiti. lol
Nak dijadikan cerita, sebelum masuk semester 3.. minggu terakhir cuti semester dapat tahu yang aku tak sebilik dengan rumets lama. MasyaAllah ,waktu malam sehari sebelum balik uia tu, aku dah nangis bengkak mata. 2 semester aku hidup dengan rumet lama aku, tiba kena berpisah. hmm Masa pagi family hantar balik uia, tu memang sepanjang jalan tahan sebak dalam kereta. Aku banyak diamkan diri sampai mak cakap "eh kakak ni mcm first time masuk u pulak, sedih je" . huwaa mana taknya, berdebar kot siapalah rumet baru aku, selesa ke tak aku dengan diorang. banyak benda fikir, sebab bukan senang nak buat kawan baru. Sampai2 uia, pergi office amek kunci bilik, dapat mahallah zainab block B, level 4, room 401. Gigih jugaklah panjat tingkat 4! kesian kat abah , kena angkat baggage berat2 . aku pun bawak barang macam takkan balik rumah dah hahahaha risau la takut tak cukup barang, malas la nak kongsi barang dengan rumet memandang rumet baru kan. Kita bukan kenal lagi. Secara ringkasnya, dah settle punggah barang ke bilik aku pun start berkenalan dngan rumet baru. Bilik tu muat untuk 4 orang , so the first person aku kenal ialah Emi. Dia cakaplah dia budak bio science, sebaya, tinggal area KL. then dia cakap, lagi 2 orang tu rumet dia. Ya Allah, dah start rasa sebak! maksudnya sebelum ni diorang pernah tinggal sebilik, aku je ahli baru bilik tu. huwaaa , diorang mesti rapat sedangkan aku baru nak biasakan diri. then aku berkenalan dengan 2 orang lagi, si Aina and Iffah. Lagi tambah hiba bila dapat tau diorang semua budak bio science, aku sorang aliran arts dalam bilik. Rasa kecik sangat diri! hmm aku dah taktahan rasa nak nangis tu, last2 aku call syasya cakap nak gathering dengan dia and rumet lama aku si twin, shida and am. Petang waktu first day smpai uia tu, aku jumpa diorang then menangis depan diorang. Aku cakaplah aku rindu, aku tak selesa dengan rumet baru, yeah maybe it takes time but I feel not comfortable. aku nak rumet lama aku balik :'( huwaa mujur diorang ada tenangkan aku. Aku kena kuat :')
rumet sebulan di mahallah zainab |
rumet 4 bulan di mahallah fatimah az-zahra |
Day by day, aku hampir tiap2 malam nangis sebab rindu rumet lama and tiap2 minggu jugak aku balik rumah setiap weekends. Aku macam tak boleh duduk dalam bilik tu, ada satu perasaan sedih,sayu mcm takleh terima kenyataan aku berpisah dengan rumets lama. So, sampai satu masa, au decide tidur bilik syasya. 2 minggu jugak la kongsi katil ngan syasya, kat mahallah khadijah level 3. Rajin ulang alik dari mahallah zainab ke mahallah khadijah. Hahah sambil tu, aku usaha tiap2 hari gi ofis mintak tukar mahallah and nak duduk sebilik dengan syasya. kebetulan bilik tu ada satu kosong. Tapi permintaan aku ditolak banyak kali sampailah sebulan kemudian, akhirnya aku dapat duduk sebilik dengan rumets lama aku semula iaitu syasya, am dan twinnies. Kebetulan waktu tu, mahallah fatimah ada buka tempahan bilik kosong , so dapat lah kami 1 bilik even tingkat 4 jugak. Pheww, masih terbayang rasa penat punggah barang dari tingkat 4 zainab ke tingkat 4 fatimah. nak nangis je rasa angkut beban berat! pengalaman pahit sebab kena tebalkan muka merayu kat ofis spnjang 2-3minggu tu. pengalaman manis bila dapat kumpul dgn rumets lama balik hihi. Btw, makcik ofis sangat garang! kalau takde urusan penting, takpayah la gedik masuk ofis. Confirm kena sound free2 je.
Awal2 sem dah nangis, itu baru isu bilik. Belum lagi isu subjects and assignments. Sem kali ni aku amek 6 subjek. Rasa nak pecah jugaklah otak and ada subjek yang buatkan aku pecah rekod malam tidur pukul 2pagi nak siapkan! Kalau nak tau, aku orang paling awal tidur dalam bilik, smpaikan rumets panggil aku budak kecik sbb aku memang jenis tidur awal pukul 9malam camtu. Tapi sem 3 kali ni, dah ubah timing tidur aku! ini semua kerana assignment research yang kena baca article journal 7-8pages , then assignment statistics guna IBM SPSS. Sumpah la serik, aku doa sangat tak repeat mana2 paper subjek sem 3. PENAT! terlalu banyak kerja kena buat :/ Oh ya, subjek ilmu wahyu (islamic revealed knowledge) pun banyak kerja jugak. Assignment banyak kali kena reject, sebab lecturer jenis strict plus cerewet. Tapi bagus sebenarnya dapat lecturer tu, Dr Alizaman. Dia ajar kitorang cara buat assigment yg sebenar style budak degree buat. Dia cakap, bukan tujuan utk menyusahkan tapi utk biasakan diri dengan format mcm tu. Takdelah time degree banyak buat salah. Terima kasih Sir,saya bersyukur dapat belajar dgn sir walaupun sir cakap expresi muka saya macam tak suka kat sir. HAHAHA tak baik tau, saya suka la belajar dgn sir. Selain itu, aku adore sangat lecturer statistics aku , Mdm Rahimah. walaupun aku tak suka subjek tu, tapi sebabkan aku respect madam, aku tak pernah miss any class dia. Madam suka mulakan kelas dengan bagi tazkirah, kesedaran diri. Salah satu kata2 dia yg aku ingat "kalau nak jadi manusia yg hebat, kena lalui banyak cabaran dan kesusahan. Ibarat permata yang kena kikis bentuknya, gilap kasi kilat, barulah cantik permata tu dan akan jadi bernilai" . lebih kurang camtu la maksudnya. I wish I could be a teacher like her one fine day. Amin
research skills class with madam asmiza |
statistics class with madam rahimah |
thinking skill class with xifu nasser :) |
Last but not least, isu peperiksaan.Sesungguhnya aku kena banyak buat buat solat taubat, kena banyak muhasabah diri sebab dari midterm exam sampai la final exam, aku rasa kelaut dah . tenggelam jauh ke dasar lautan pointer aku. Carry marks subjects aku pun sikit, sebab aku terlampau banyak memain agaknya. Hmm nak kata enjoy sangat tu takde la sangat, tapi mungkin sbb aku stress plus tak berapa pandai nak handle diri sangat dalam keadaan yang semua benda datang at one time, so pelajaran aku sikit down. even tak keluar result lagi, tapi aku dah ada instinct pointer takkan capai 3.5 huwaaa tambah pulak aku fokus persediaan nak masuk IPG lebih dari fokus pada uia. Aku memang letak harapan tinggi dekat IPG , dah 2 kali aku cuba. Ya Allah permudahkan la. Pray for me. hmm jangan jadi yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran sudahlah. Risau sebab ada 2 perkara penting aku kena handle dalam 1 masa. its hard for me actually.
Apa pun, setiap cabaran dan kesusahan itulah yang menguatkan dan mematangkan diri. Terima Kasih Allah, Kau kuatkan aku dari awal sehinggalah ke penghujungnya. Alhamdulillah , my hectic sem already finish! boleh la letak kepala ke bantal dengan fikiran yang tenang, hati yang lapang. huhuhu selamat berehat wahai diri! cuti sebulan lebih ni 10/5/2016-19/6/2016. Hadiah untuk diri agaknya tiba2 uia extend waktu cuti so tahun ni sempatlah puasa dirumah dengan family :') yeyyy ! tahun lepas langsung tak sempat. Emm sedih gaklah dah jadi anak rantau ni. Berpisah dengan family tu perkara biasa. okay la, till we meet again on next entry ;)
Assalamualaikum
2 comments:
alhamdulillah.. :)
Assalamualaikum dan selamat sejahtera
Jemput join segmen Nurrul
http://youismysoul.blogspot.com/2016/05/giveway-topup-by-nurrul-2.html
Hi, I came across your blog and I enjoyed reading your amazing stories. Interested to collaborate? Email me at nurul.aini@my.zalora.com I couldn't find your email so I am leaving a comment to u. Hope to hear soon. Thanks! Ps: this is NOT a spam yah haha :)
Post a Comment