Assalamualaikum
Alhamdulillah, macam biasa sis suka berjalan time weekends kalau tak balik rumah. Maklumlah siapa je yang rasa seronok berbahagia duduk kat hostel for a whole day pagi ke malam kan? So, sis ajak kawan2 rapat outing. At first, tak planning pun nak keluar memandangkan semua orang 'sibuk sangat' dengan assignments. Hahahaha tapi sebab diorang ni termakan dipujuk oleh sis, so diorang pun nak outing. Biasanya kami ni jenis outing pergi tempat yang kami tak pernah pergi lagi like my previous posts, kitorang pergi IOI Mall,One Utama and many others.
Memandangkan kami tak jejak lagi sunway pyramid, jadi kami pun majukan langkah pergi sana (30 January 2016). Cara kami pergi; mula2 amek bus free warna hijau untuk rakyat petaling jaya tu, then turun kat stesen lrt taman jaya. Then, amek lrt terus ke kelana jaya. tambang lrt RM2.10 per person. Tibanya di lrt kelana jaya, kami amek bus rapid KL no. 783 ke Sunway Pyramid Mall. Jangan risau, keluar je dari lrt, turun bawah ikut tangga pergi terminal bus. nanti akan jumpa banyak bus2 rapidKL and teksi pun ada.. Yang kitorang naik tu, tambang bus RM1 jee. Ini cara seorang student saving money disamping dapat travel kecil-kecilan gituu. hahahahaha
Tiba je kat sunway pyramid mall, apa lagi.. misi tawaf mall tu la :D kebetulan kami pergi time 2 minggu sebelum Chinese New Year. So, decorations dalam mall tu most of it tema merah, chinese new year.. Kitorang masuk je pintu utama, terus nampak kedai buku Popular dekat belah kanan. Masuk situ tengok2 buku, acah je tengok.. tak beli pun :p hihihi time tu perut kitorang lapar gilaa sebab tak breakfast, kawan pun decide nak cari tempat makan. Ofcoz la kan, dalam mall besar2 mcm ni femes dengan fast food restaurants. Sis pun taktau la dekat wing mana, level berapa, dah tak ingat dah jalan sebab BESAR SANGAT mall tu. Yang penting, kami jumpa burger king, McD, KFC, Pizza Hut, Subway, Nasi Ayam Penyet ke apa entah. Banyak sangat! so kami decide makan KFC , masa tu ada menu yang nasi campur rumpai laut tuu, kami pilih yang tuu.. sedap bakhang! RM7 something utk 1 set. saja pilih makan KFC then other restaurants, time tu benda tu jela selera nak makan! memandangkan semua homesick lama tak balik rumah. HAHA
geng main bowling ke laut! hahahaha |
final result for our game! hihihihi beginners kan :p |
Dah kenyang makan2, kami sambung tawaf.. kami jumpa tempat orang main ice skate, which called as Sunway Pyramid Ice. OMG silap besar kami datang pakai skirt, pakai jubah! kalau tak, memang dah try main ice skate. huhuhu next time kot In Shaa Allah kalau ada rezeki. Sambung jalan2, nak cari redbox sebenarnya, tempat karaoke tuu! kami berpecah kepada 2 group. Me & twinnies pergi makan ice cream, duduk kat bangku disediakan sambil perhatikan orang. Hiks malas la pergi karok, suara dah la tak sedap! huhuhu while syasya & Am, diorang still gigih cari redbox. dia macam tersembunyi kat wing mana entah, puas mencari tapi diorang tak jumpa. Last2 tukar plan, tak jadi karok.. syasya call sis cakap diorang dah jumpa redbox tapi dah fully booking by others. Then, kitorang pergi main bowling! ahaks, part bowling ni kelakar xD dah la lama gila tak main, lepastu yang main kat set sebelah kitorang tu brothers! malu gilaaa , asyik masuk longkang je bola kami. Brothers tu pandang semacam je, nak gelak pun ada..kitorang tengok brothers tu main, asyik strike! strike! strike! jatuh semua pin bowling, wahhh terror nyee! tapi kitorang tebalkan je muka, main ikut suka hati. kami peduli apa?! yang penting kami seronok! we play for fun! bukannya pertandingan pun. Oh btw, kami ambil 1 set je , sebab tak berani nak amek banyak set. 1 set for 3 persons tu pun dah RM50 something. pokai la sis as student! hahahahaha time bowling ni, sis belanja kawan2 sebabnya sis yang beria ajak main... kesian la pulak aku beria ajak, tapi engkorang kena bayar! hahahaha as beginners , kira cantik la tu pointers that we got walaupun game ke laut! hahaha
sisters form reality TV show ; Clever Girl TV3 |
Before main bowling tu, we stop for zohor prayer.. Time ni sesat cari surau hahahaha tak nampak jalan yg benar ke cane ni? banyak kali kot turun naik level 1, G1, LG ape entah lagi. Dan akhirnya kitorang nampak simbol surau dekat same level kedai Popular tu (tak ingat level brapa). Alhamdulillah, surau dia okay cuma time tu ramai org so agak crowded jugaklah, cukup2 badan je solat. terpijak kain orang sebelah tu normal kan? Sorry! hahahaha then sambung tawaf mall lagi, kami terserempak dengan staff2 Clever Girl TV3. omg!! sisters yang bagi kad promote ujibakat clever girl tu cantik-cantik ! tinggi pulak tu. adorable sungguh! so dengan tak malunya, kami minta bergambar, diorang baik sebab nak layan kami ni. Hahah thanks! saja bergambar, taknak pun join reality show tu :p malu laahh hiks.
berlatar belakangkan sunway lagoon |
Last but not least, tak lengkap la gi sunway tapi pergi sunway lagoon kan? yeahh! kami ada pergi sunway lagoon, tapi pergi sampai depan pintu jelaaa yang dekat kaunter tiket tu. Tak masuk pun! hahahahaha gaiss, takde duit la gaiss nak masuk sunway lagoon, elaun tak dapat lagi masa ni? xD dapat bergambar jadi la kan? hiksss . nampak tak betapa berjimat cermatnya kami ni? Maaf, kami memang suka berjalan tapi at the same time, kena JIMAT JIMAT JIMAT! itu mindset kami. hahahahahahahaha belanja gambar cukuplah kot. Cara kami balik; tunggu bus rapidKL 783 (bus sama yg kitorang pergi) sampai ke LRT Kelana Jaya. cuma pelik sikit, tambang bus balik RM2 sedangkan pergi RM1. apa yang membezakan pun taktau laa hahaha. then dari LRT Kelana Jaya amek ke LRT Masjid Jamek , we went there for buy something.. pastu balik ke LRT Universiti, then naik bus RapidKL790 ke UIA PJ.
That's all from me, next time I menaip lagi. I try to make the post shorter bcs my friends said "tikah rajin update panjang2" .. yeahh, that is the real me! dah cuba pendekkan but still panjang leborr. nak wat guane? suka ngat koi mengarang hahaha xD sorry and thanks for reading! In Shaa Allah, see you on next post :)
Assalamualaikum
No comments:
Post a Comment