Pengalaman UKCG 2015

Assalamualaikum

Alhamdulillah , selesai sudah menduduki Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) tahun 2015 . terkejut juga mula-mula check nama , "tahniah! nama anda tersenerai menduduki bla bla bla" .. tengok tarikh ujian , 30 MARCH . okay , tanya kawan2 yang dapat , semua cakap bulan 4 . nampaknya aku ni kira 1st batch la ambil ujian . Semua berjalan lancar , alhamdulillah.

Nak dijadikan cerita, aku dapat kat Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Antarabangsa, KL . jauh jugaklah dari rumah , walaupun Bentong-KL lebih kurang sejam je perjalanan. Aku start pergi hari ahad (29 March) . saja datang awal sebab nak survey tempat, tak pernah pergi area lembah pantai ni. tak pernah jejak pun. bertolak naik bus pukul 8.30 pagi , sampai pekeliling pukul 9.30 lebih kurang. aku naik bus express , sebab terlepas bus lompat a.k.a bus henti2 tu . sampai pekeliling , aku naik teksi terus ke lembah pantai , abah aku cakap "nak pergi UM (Universiti Malaya)" sebab kawasan IPG tu area situ . harga naik teksi RM12 je wehh ! ingatkan above 20 .okay la , lgipun uncle cina tu jenis jujur . sampai dekat UM , kami suruh uncle tu stop kat satu bustop area situ. sebabnya kami taktau jalan nak ke IPG . so abah cakap kita survey sendiri . jalan2 luar UM ,  nampak signboard "IPG Kampus Bahasa Melayu" je .. halamak ! aku dapat antarabangsa punya. macam mana ni. guna google maps , alhamdulillah membantu . tanya jugak dekat pakcik yg bukak gerai pulut panggang tepi selekoh jalan nak ke IPGKBM . pakcik tu cakap , dekat je , IPGKBA tu belah kanan IPGKBM . so kami pun dengar kata pakcik tu , kami jalan kaki masuk dalam .. lebih kurang 15minit sampai la IPGKBA . sebelum tu , akan jumpa stadium hoki , next jumpa IPGKBM , jalan depan sikit lagi jumpa IPGKBA . yeyy ! dah jumpa . seronok tak terkata . tandanya kami tak salah jalan.


dah sampai IPGKBA , kami tanya guard dekat pintu utama tu. guard tu cakap "haah , memang kat sini ujian tu . start hari esok . esok baru 100calon , boleh park kereta depan lobi . tapi start hari selasa nanti akan ada 500calon . so parents hanya dibenarkan park kereta dekat kawasan padang" . Alhamdulillah , nasib baik aku 1st batch . 100 calon je, tak gemuruh sangat. Guard situ memang friendly la . kitorang cakap datang dari jauh ni, dari pahang . dia wish good luck kat aku. thanks makcik pakcik ! terharu . hahaha

lepas dah survey tempat , kitorang patah balik ke kawasan UM , nak cari hotel pulak . kami jalan kaki je di saat Malaysia sedang dipanggang hebat (panas terik woi) . sampai depan signboard UM , jumpa balik pakcik yg jual pulut panggang tadi . tanya hotel apa yg dekat . dia cakap hotel PullMan , so aku ni tanpa buang masa call hotel pullMan tu (nombor dapat dari google) . pekerja hotel tu cakap harga sebilik RM300 . matilanak ! mahal gila, aku ni dari golongan biasa je . so tak jadi pergi pullman . kitorang jalan kaki lagi terus ke stesen LRT University sebabnya pakcik tu cakap ada stesen LRT berdekatan. lebih kurang 15min je jalan kaki , bayangkan dari pagi menggalas beg baju memasing jalan tengah panas , nak pengsan je rasa . sampai stesen LRT , ada sekali kawasan bus kat situ . survey kat area situ , nampak la bus rapid KL ke Midvalley . makcik jual goreng pisang kat situ cakap bus Rapid KL ke midvalley RM1 je . pastu kitorang tanya ada hotel area situ tak?dia cakap ada , but for sure mahal sikit la sebab tengah kawasan bandar, tumpuan pelancong . okay kami faham . pastu kitorang naik tangga ke atas (kawasan beli token nak naik LRT) , kitorang tengok perjalanan LRT . wuishh , ada masjid jamek la. okay , kami buat keputusan beli token naik LRT ke masjid jamek . nak cari hotel area situ je , sebab murah sikit . sambil shopping cuci mata (tempat dh biasa pergi masjid jamek ni, kacang je) .

dari stesen University (LRT) hingga ke Masjid Jamek , cuma makan masa 15minit . kami set time , suruh mak set time sebab aku nak kena cepat pagi 30 March tu, pukul 7.30am dah nak kena ada kat sana. so , memandangkan LRT tak jem , cepat jelah smpai .. dekat Masjid Jamek/masjid India , kitorang cari hotel dekat2 dengan stesen LRT , jumpa la Hibiscus City Hotel . Sebilik RM148 tambah dengan deposit RM20 , jadilah RM168 , queen bed then tambah satu single bed , sebabnya kami ni 4 orang satu bilik. deposit RM20 tu nanti kita dapat balik, jangan risau. hotel tu lebih kurang 10minit jalan kaki dari stesen LRT (kalau kau jalan laju la . family aku ni jalan laju , macam nk gi berperang) . Tak Mahal mana pun hotel nya :p dah jumpa tempat menginap , kami tanya orang2 situ senang tak nak cari teksi ke kawasan UM , semua cakap senang . okay berehh ! then shopping sikit , ikut kerenah mak dengan adik aku. ikut kan jela kann .

pagi 30 March . hari yang sangat mendebarkan ! kami bangun awal , pukul 5 lebih macam tu . pastu pukul 6pagi check out dari hotel . terus cari teksi , sebabnya takut jalan jem , maklumlah pagi Isnin .. orang sibuk nak pergi kerja . banyak teksi kat situ , jangan risau! then jumpa uncle Cina ni ,dia la bawak kitorang sampai betul2 depan gate utama IPGBA . bayar , RM17 satu teksi dari Masjid Jamek ke IPGBA . murah kan ? belum sampai RM20 . uncle cina tu cakap , memang kalau pukul 6.30pagi gerak jalan tak jem lagi . sempat je smpai IPGBA . kitorang smpai dalam pukul 7 lebih .

dah smpai IPGKBA , aku pergi check nama dekat dewan auditorium . rupa-rupanya ada 3 group . Dewan A, Dewan B , Dewan C . aku dapat Dewan A , nombor meja #A31 . Make sure , jangan lupa nombor meja okay! sebabnya ada kes calon lupa nombor meja , then duduk tempat orang. suka hati kau je kan -.- pukul 8 lebih , ada taklimat pasal UKCG ujian bertulis .. 8.30am gerak pergi dewan A , ambil exam selama 45minit . ada 195 soalan , Bahagian A- 135 soalan (jawab dlm masa 30 minit) . Bahagian B - 60 soalan (jawab dalam masa 15minit) . Alhamdulillah , aku sempat jawab tinggal baki masa beberapa minit . serius aku cakap , kau takkan sempat nak pandang kiri kanan , menunduk baca soalan smpai la habis jawab ! Contoh Soalan Bertulis boleh klik SINI  .

Selesai ujian bertulis , back to dewan auditorium . ada taklimat pasal Ujian Kecergasan Fizikal pulak . disebabkan aku ni Sesi Pagi (ada 2 sesi untuk ujian kecergasan ni , pagi & petang) , patutlah aku ni dimasukkan ke Dewan A . dan disebabkan aku ni duduk depan sekali masa dalam dewan auditorium, prof tu cakap "kita akan mulakan ujian ini dengan 20 orang calon yang duduk dibarisan hadapan"  . okay terima kasih sebab cakap mcm tu,aku tergolong dlm golongan 1st batch sekali lagi -.- 1st batch duduki fitness test. nasib la diri , asyik dapat 1st place je.  kami yang 20orang ni kemudiannya dibawa ke Gym IPGKBA . seramai 20 orang , divide into 2 group pulak . 10 orang 1 group .. Fitness test ni ada 5 stesen , dan setiap stesen akan diambil markah! so please, jangan pandang mudah . aku cerita pasal group aku je ehh . okay .

Stesen pertama , BMI . stesen ni takde masalah, cuma ambil berat dan ukur ketinggian . aku punya : tinggi 150cm , berat 43kg . okay la kan , takde la gemuk sangat. hahahaha . Stesen Kedua , group aku kena pergi Quadrant Jump . stesen ni uji ketangkasan seseorang calon . lompat sebanyak yg mungkin dalam masa 10 saat. aku dapat buat 24 lompatan , kira okay la . Stesen Ketiga , group aku pergi buat Kilas Sisi . yang ni kena buat laju , pusing kiri , pusing kanan dalam masa 1 minit . Alhamdulillah aku dapat buat 44 kali kilas sisi dalam masa 1 minit. Stesen Keempat , group aku buat Bangkit tubi Bervariasi . sit up ni ada 5 variasi . setiap varisi diberi 2 kali percubaan . so tak lepas cubaan pertama, boleh buat cubaan kedua. kalau tak lepas jugak , kau tak dibenarkan buat next variasi .. masuknya dah gagal la , smpai tahap yg kau lepas . one of members group aku dapat capai variasi ke-4 . dia sorang je lepas, kami yg 9 orang ni dah gagal masa variasi ke-2 , ke-3. hebatlah orang tu, she's a girl . Stesen kelima , Beep Test . yang ni palinggg susah , serius aku cakap. stamina kena kuat! aku tak sure ada berapa level dalam beep test ni , yang penting kau lari sepantas mungkin .. jarak track 20 meter antara dua garisan . kau kena lari sampai garisan sebelum bunyi "beeeeep" . Alhamdulillah, aku yg termampu level 2.3 sebabnya nak masuk level 2.4 aku dah tak sempat nak patah balik dah bunyi "beeeeppp". hahahahaha . sorang group member aku, dia ni lelaki , smpai level 4 ke 5 . dia sorang je tinggal , kami ni semput masuk level 2.3 , 2.4 maklumlah perempuan, hiks . ada member group aku ni dah give up masa level 1 lagi . entah la dia, mungkin takde energy dah kot.

Selesai kedua-dua ujian , boleh pulang ke rumah . yeyyy ! aku berjaya ! Alhamdulillah . tinggal tunggu keputusan lulus ke tidak ujian , then ada panggilan temuduga pulak :) In Shaa Allah , doakan la ye aku dapat temuduga pulak . Amin . keluar dari IPGKBA , kami satu family pakat pergi Midvalley . haa kat situ , macam biasa tempat shopping , tengok wayang , makan , jalan2 dan seangkatan dengannya . petang 30 March tu , ambil bas dari pekeliling pukul 2petang , balik bentong . sampai rumah pukul 3 lebih . dan akhirnya boleh rehat ... Alhamdulillah .


Sekian , pengalaman sekali seumur hidup :) Good luck bakal-bakal cikgu yang akan duduki UKCG ! :D